Tuesday 18 October 2011

Lebih Memahami


Kadang2 amat sukar memahami hati sendiri. gagal memahami kemahuan diri. gagal meletakkan diri dalam hati sendiri. lalu bertelingkah perasaan dan hati. kesannya pada emosi diri. mudah marah dan mula merusuh. kesannya juga tentunya pada teman2 di samping. yang mungkin kita luahkan kekesalan itu padanya atau mereka melihat melalui riak wajah kita mahupun tingkah laku. mereka  yang dalam dilema dan serabut fikiran tentunya tidak tenang dengan emosi yang terjejas. letak duduk dalam situasi serupa ini amatlah sukar dan terbeban. semakin lama dipendam akan lebih sakit. umpama api dalam sekam.

jika gagal memahami hati sendiri. bagaimana mahu selami hati orang lain? bagaimana mahu menjadi salji pada kedinginan org lain? sebagaimana sukarnya kita tidak mampu fahami hati sendiri, lebih sukar orang mahu memahami kita. lalu bagaimana? jadilah seorang yang lebih memahami. memahami kehendak hati sendiri berpaksi pada akal dan bertindak dgn kematangan diri. belajar menerima seadanya kekurangan dan kelebihan diri sendiri. juga pandangan yang sama pd org lain. 

nyata belajar lebih memahami menjadikan rusuhan diri mengendur. andai begitu dia, terimalah seadanya. dan pastinya dia juga memahami perkara yang sama mengenai kita. bertoleransi, bertukar senyum dan berkongsi hati. bumi mana tidak ditimpa hujan? manusia mana ada yang sempurna? berfikir secara positif lebih melapangkan diri.

berikan waktu dan kenali dgn lbh dekat. suluhlah ikhlasnya biarpun mungkin ikhlasnya itu kadang2 tak dapat kita terima. tetapi  belajar lebih memahami itu lbh senang daripada berpura2 senang sedangkan hati sukar menerima. dan kelapangan diri itu datangnya tanpa diduga. kala fikiran sedang lapang dan membuka hati untuk lebih memahami. dan kita akan merasa menang apabila lepas dari belenggu ini.

terima kasih wahai hati sendiri kerana lbh memahami...orang lain.
        gambar tidak termasuk dlm cerita artikel. sahaja mahu letak gambar ini sebab dia selalu faham saya...haha                                   
           



2 comments:

  1. dan awk... awk seorang kawan yang bukan hanya memahami saya, tapi awk... selalu ada bila diperlukan. awk ada masa sy gembira, awk ada masa sy mahu berkeluh-kesah,awk ada masa sy rasa buntu dn pendek kata... awk selalu ada. mendapat awk sebagai seorang sahabat sebenarnya sama seperti sy memiliki sebutir permata yang begitu cantik... bukan ayat membodek, tp itu yg sy rasa sejak adanya awk sebagai kawan...

    ReplyDelete
  2. aduhai sebak dan terharu saya dgn komen awak. kata2 awak tu saya kembalikan semula pd awak. yap, itulah yang saya mahu katakan mengenai awak. awak selalu ada & faham saya. terima kasih ALLAH untuk persahabatan kita ini. dan, saya akan selalu ada untuk awak. insya ALLAH

    ReplyDelete