Sunday, 23 October 2011

apabila hilang pertimbangan


Habis menonton drama air mata nursalina. kali ketiga menonton drama ini. dua kali sebelum ini tidak pernah tengok sepenuhnya. tengok2 macam tu sahaja. kali ini sempat pula menghayatinya walaupun dalam masa yang sama turut menghadap laptop.

kisahnya....cukup tragis sekali. sebuah kehidupan yang penuh dengan pancaroba. alur hidup yang tidak ada siapa mampu menjangka. saat kita menghirup bahagia pada detik ini, sama sekali kita tidak mampu menjangka akan memamah derita esok hari. itulah hidup. semalam sudah berlalu. hari ini adalah hakikat. esok belum ketentuan...semuanya adalah rahsia DIA Yang Maha Pencipta. 

nursalina dan afkar - dua insan yang bercinta. mengikat cinta dengan perkahwinan. mengimpi hidup bahagia sehingga ke hujung nyawa. namun dugaan datang bertandang. di situlah bermulalah segalanya...silap pertimbangan diambil si suami sehingga akhirnya si isteri ke tali gantung atas kesalahan membunuh suami sendiri.

rumusan daripada drama ini adalah apabila manusia hilang pertimbangan. tersilap langkah yang sukar diundurkan semula. kemewahan yang dikejar membuatkan diri terperangkap. terperangkap dalam percaturan hidup yang membawa kemusnahan. 

dalam drama ini, afkar, suami nursalina seorang suami yang baik tetapi dia suka berjudi. berjudi itu haram. apabila kalah jadi, dia jadi hilang pertimbangan diri dan mencari jalan menyelesaikan hutangnya dgn cara berhutang. dia juga menggunakan duit syarikatnya untuk tujuan haram itu sehingga pernigaan kecilnya yang menyara keluarga rebah dan musnah. lalu mereka kembali hidup miskin. dan kemiskinan itu membuatkan dia terpesona dgn jalan2 keluar yang tidak di jalan yang betul. sampai satu tahap dia memberikan isterinya untuk ditiduri sebagai bayaran hutang. sehingga begitu sekali apabila manusia hilang pertimbangan. isteri yang dicintai digadaikan. dan nursalina akhirnya membunuh suami sendiri. suaminya meninggal dibunuh salina. dan salina mati di tali gantung atas kesalahan itu.

rumusannya inilah bahana daripada hilang pertimbangan diri. lalu mendepani kematian yang...sia2...dgn cara yang pedih dan perit untuk diingati. sangat sedih tika salina meminta emak & ayahnya merahsiakan cara kematiannya (digantung) kpd anak2. dia tidak mahu anak2nya menanggung sakit dengan cara itu. ibu mati digantung sebab membunuh ayah. saya percaya, sesiapa shj yang mendepani hal ini tentunya meninggalkan trauma yang sukar dipadam. org akan berkisah tentang rentetan demi rentetan. menyah luka bukannya mudah. menghindar kepedihan bukan semudah mengambus sesuatu yang amat busuk baunya. luka, pedih dan derita, bagaikan bayang yg selalu mengekori. andai sudah bersalut bahagia, sesekali kepedihan ttp bertamu. mengerit hati & jiwa bagaikan virus....

berfikirlah sebelum bertindak...(tetapi siapa yang mampu menghela nafas sebelum menghempap batu saat sedang marah kpd org dimarahkan itu?) fikir2kanlah..sematkan iman di dada. semoga dgn iman yang ada, kita lbh berlapang dada sebelum bertindak. 



gambar umi aida di zaman mudanya...comel & ayu sgt. ada kwn kata mata sy sama mcm mata umie....(sy pun perasan..yalah mata artis) kata jgk kwn sy, bkn comel pun mata umi tuh...sepet & takde kelopak mata...hukhuk...

No comments:

Post a Comment