Wednesday 28 December 2011

bicara tanpa suara



Anak kecil itu
yang lusuh dan usang pakaiannya
ada bau hapak menusuk hidung
kala dia melewati
matanya jernih memandang
merenung lama pada deretan minuman dan makanan
yang pastinya membuka selera

Mata itu melilau memandang
tekaknya menelan liur berkali-kali
aroma ayam goreng menggodanya
lama matanya jatuh pada ayam dalam kuali gorengan
dalam angannya tentu sudah dibayang
enaknya menggigit ayam goreng

Langkahnya perlahan
Menghembus nafas memegang perut
tanda laparnya sudah menggigit-gigit
namun kantung poketnya tidak terisi
bagaimana mahu ditukar dengan ayam goreng idaman selera

Setiap hari dia di pasar itu
Sudah kebiasaan pada penjual-penjual
sehingga warna simpati kian pudar
malah dianggap menyemakkan
tetapi siapa yang menyelami dirinya
bukan mahunya dalam keadaan begitu
meminta simpati menagih kasihan
alangkah indah kanak-kanak sebayanya
dalam tautan tangan ayah dan emak
namun bicara hatinya belum pandai
mempersoal untung rugi nasib diri.

Lalu dia masih di situ tanpa silu dan segan
tahunya agar perut yang kosong dapat diisi
biarpun dengan sisa buangan
untuknya dan juga emak yang sedang terlantar sakit

Inilah hidup anak-anak jalanan di kota serba mencabar
tiada siapa mahu ambil peduli
masing-masing dengan kesibukan diri
membawa haluan arah tuju
sehingga tidak berkesempatan berurus bicara
mengenai simpati dan ehsan

Dan kanak-kanak itu…
juga sibuk dengan dirinya..
berterusan mengheret langkah demi langkah
mengharap tuah hari ini
agar tidak serupa kelmarin yang kurang tuahnya

Nur kasih
28 Dec 2011

Tuesday 27 December 2011


sehari dua ni saya  suka karang puisi..sahaja suka2...temanya tiada kena mengena dgn saya ya..mungkin tempias blog2 yg saya baca dengan tema sedemikian. maka saya juga tercerna mahu mengupas demikian...ada rakan2 bertanya samaada puisi itu saya copy paste atau sendiri..itu saya sendiri punya ya...jika yg dicopy paste sy akan nyatakan..

bicara rasa (2)

  
kepada bakal pemilik hatiku

Aku menulis lagi
Buatmu bakal si pemilik hatiku
rindu ini entah milik siapa
kusimpan penuh erat
tidak kuberi sesuka hati
kepada dia yang tidak berhak
aku simpan khas untukmu
kubaluti dengan keimanan
kuhias dengan santun

kekasih hati
kelak nanti akan bersua
pada hari halal yang membolehkan
kau dan aku berdekatan
dalam debar penuh malu
dengan kata bismillah aku menghulur sapaan
akan aku lafazkan janji
menjadi teman di sisimu sehingga hujung nyawa
senang dan susah, insya Allah hati ini tidak akan goyah
kasih ini akan tetap mekar buatmu
izinkan aku menjadi suri hati dirimu
sehingga ke akhir nafasku
semoga bertemu di syurga kelak
dalam izinNya.

nur kasih
27 Dec 2011

Monday 26 December 2011

bicara rasa (1)



Buatmu bakal pemilik hatiku

Sekian tahun lamanya
Aku menyimpan harap
Menyulam angan dan impian
Dalam doa yang kudus
Tanpa jemu dan bosan
Biarpun kadang-kadang bagaikan putus harap
Menunggu realiti yang tidak kunjung tiba

Di manakah dirimu
Wahai si pemilik hatiku
Barangkalinya kau juga serupa denganku
Sedang mencari dan menanti
Doamu dan doaku disatukan
Dalam rahmat Allah

Buatmu
Yang akan menjadi teman sahku
Ingin aku menitip kata
Sekuntum cinta ini aku simpan buatmu
Akan kulafazkan setelah sahnya ikatan kita
Bersaksi ijab dan Kabul di sisiNya
Bersama restu dan doa orang tua

Wahai bakal adamku
Andai bertemu kita nanti
Dalam ikatan yang diredhaNya
Percayalah bahawa dirimu adalah yang pertama
Menyentuh kulitku
Memegang hati dan cintaku
Terimalah sebuah cinta halal ini
Yang aku persembahkan demi memulai
Sebuah kehidupan yang dituntutNya.


nur kasih
26 Dec 2011


cinta adalah perasaan yang tumbuh dalam diri manusia tanpa ada musim....bercintalah kerana Allah. melalui syarat dan jalan yang betul. pernikahan itulah sebaik2 cinta yang halal..cinta halal adalah selepas kahwin..bukan sebelum ijab dan kabul...

Friday 23 December 2011



terima kasih kpd my dear friend, marliana yang berikan sy link blog yng amat2 bagus ini....penuh makna blog ini pada remaja tua macam sy..membaca blog ini buat sy lbh berfikir..dan berasa amat dangkal diri membandingkan dgn isi2 blog ini. sy percaya tuan blog ini masih muda..dan sy amat kagum pada penulisannya. lbh lagi katanya dia dilahir dlm keluarga mualaf. tetapi islamnya lbh islam dari sesetengah kita yg mmg dilahir dari susur galur yg islam..
saya percaya mereka yg menulis yg baik, yg postkan di fb @ seumpamanya yg baik2..itulah mereka. jika pun mereka kurang baik @ tidak baik sgt tetapi mereka suka pada kebaikan dan menjurus pada kebaikan..kebaikan di sini bermaksud mendekati Allah. cuba membaiki diri dan berbuat sesuatu memikirkan kerana Allah..sebab ramai org yg baik tetapi agamanya agak kurang bagus  sy barangkalinya... ini adalah kelemahan antara kita..semoga pertambahan usia memberikan kita lbh berfikir. bahawa hidup ini adalah untuk kematian. dan kematian itu adalah laluan kita menuju alam yg abadi..di mana segala yang dikerjakan di dunia ini akan dihitung pada hari pembalasan. sekuman pun tidak akan terlepas daripada pandangan Allah yang maha berkuasa.
ya Allah, mudahkan laluan kami dlm menuju redhaMu. mudahkanlah segalanya. sesungguhnya Engkau lebih mengetahuinya.

Thursday 22 December 2011

blogging

assalamualaikum....
salam jumaat yang redup. penghulu hari yang penuh barakah. berdoalah di sepanjang jumaat nan mulia. banyakkan amalan di hari ini kerana fadilat yang dijanjikanNya amat besar sekali. kepada org2 pantai timur, jumaat adalah hari cuti. isikan cuti anda dengan amalan2 sunat dan perkara2 berfaedah.


Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

usia blog ini masih terlalu baru. dibina oleh saya dek desakan hati yang terlalu ingin berblog. oleh minat saya yang suka berceloteh dan merumus pemerhatian saya dalam sesuatu perkara. juga sebab saya terlalu suka membaca blog2...banyak blog yang saya jelajahi. blog masakan, blog yang bercakap mengenai kehidupan dan pengisian jiwa, blog yang berkisah kehidupan seharian. ringkasnya pelbagai 'perisa' saya merasa. semuanya memberikan pengalaman dan pelajaran tanpa sedar. daripada blognya yang dimiliki oleh mereka yang berintelektual dan yang dimiliki oleh orangnya yang biasa2 sahaja seperti saya barangkalinya.  setiap daripada taraf golongan, ada pelajaran masing2. serupa kata bidalan, tuntutlah ilmu biarpun daripada seorang petani walaupun anda adalah lulusan universiti yang dikenali dgn hebatnya taraf pelajaran anda.   sungguhlah sebab manusia tidak akan mampu menguasai semua bidang yang amat meluas dengan pelbagai cabang. maha luas ilmu ALLAH yang maha berkuasa.

saya rasa saya sudah banyak idea untuk menulis blog. tetapi seringkali saya mati akal. 'mahu tulis apa dan mengenai apa?' adoiii...bukan mudah rupanya. dan saya tabik spring pada mereka yang blognya selalu sahaja ada n3 baru setiap hari. ada cerita yang dikongsikan dengan pembaca blog. saya percaya setiap blog ada pembaca yang tersendiri. seperti saya yang suka menyinggah di blog2 kegemaran saya. saya tidak reti dan tidak ada idea untuk selalu menulis walaupun setiap hari saya buka blog sendiri. nyata bukan mudah rupanya. benarlah tiada yang mudah di muka bumi ini...hihihi...

melihat followers blog saya yang kian bertambah walau tidak banyak dan boleh dikata amat sedikit,  hati saya mekar. sekurangnya celoteh saya dibaca orang. dan saya harap adalah sesuatu yang baik boleh kita kongsi bersama. saya tidaklah pandai menyusun kata mahupun memberi ilmu2 kepada yang baca blog saya. hanya sedikit minat dan secubit kemampuan, itulah yang saya coretkan. 

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang membaca blog saya. yang menjadi followers atau yang singgah tanpa jejak...amat2 saya hargainya. semua yang baik itu adalah daripada Allah dan yang tidak baik itu adalah kelemahan saya.

salam kasih seharum kasturi. semoga hari ini melimpahkan rahmatNya buat kita...amin


Sunday 18 December 2011

sebuah kehidupan


filem ini dah lama. saya belum pernah menonton filem ini sehingga tamat walaupun sudah lebih daripada sekali ditayangkan di kaca TV. malam ini pun sambil lewa sahaja saya menontonnya sambil melayani internet. saya sangat suka fazura sejak dia berlakon filem pisau cukur. dia cukup cukup cantik sekali. manis dan elegan...pakej lengkap seorang perempuan. menarik dan tertarik. hehehe.. dah jauh melalut.  dalam filem ini fazura sebagai laila dan jehan miskin sebagai qaisy. nama sempena sebuah epik cinta separuh gila dahulu kala. tetapi filem ini bukan sebuah kisah cinta yang abadi seperti kisah hariz dan izzah dlm ombak rindu...opsss....hahaha ini kisah kemanusiaan. kisah antara hati dan jiwa yang bergolak..berperang dengan sebuah perasaan yang sukar dimengertikan. kisah penderitaan dan luka yang berlangsung di depan mata. derita anak2 kecil yang tidak berdosa. yang menuntut sebuah kemanusiaan dalam hari2 yang dilalui...

saya terhenti menaip kala dialog sebabak ini menerjah di telinga..

laila - (pelik) apa yg budak2 tu buat? (melihatkan sekumpulan kanak2 berkejaran di padang.

qaisy - berebutkan serpihan periuk apa untuk dijual.

laila - gila!

qaisy - itu bukan gila. itu adalah kehidupan..perjuangan untuk meneruskan hidup. mereka menjual serpihan periuk api itu untuk membeli makanan. demi mengisi perut yang mintak diisi. 

laila terdiam. redup matanya sebak. air mukanya cukup menggambarkan simpati. dan saya yang menonton...cukup tersentuh dengan dialog itu. benar hanya sebuah cerita. tetapi itulah kehidupan di Afghanistan..itulah ank2 yang bergadai nyawa demi menukarkannya dengan makanan..apalah makna hidup tanpa dpt makan..lalu berpulas demi mendapatkan makanan biarpun dengan cara yang membahayakan nyawa. inilah sebuah kehidupan yang sgt teruji. kanak2 di situ digambarkan merebut roti..biarpun roti yang jatuh ke tanah adalah serpihan yang sangat kecil dan kotor, secubit roti itu sangat bermakna pada anak2 itu..peduli apa pada rakan2 yg sama2 merebut cebisan roti itu..tiada lagi simpati..hanya mahukan roti itu digapai tangan dan disua ke mulut..

itulah kehidupan. dalam satu2 waktu dan ketika..kita mementingkan diri sendiri. andai bermurah hati dan memikirkan perihal org di sisi..kita akan mati..berkorban yang mengorbankan diri..saat hati menjadi beku dan keras. air mata tidak lagi meleburkan sebuah rasa dalam diri..itulah barangkalinya yang dirasai anak2 yang sedang berebutkan secubit roti..tentunya kanak2 di negara kita yang harmoni ini tidak berkesempatan untuk merasai lapar dan kekeringan makanan serupa itu. rakyat malaysia sangat pemurah dan negara kita kaya dengan hidangan yang lazat..sehingga dikata syurga makanan..dan tidak kurang juga sebaris kata 'mati sebab terlebih makan'. pembaziran sangat 'mewah' di negara kita..di mana2 sahaja..ada sahaja pembaziran..sedangkan di negara afrika, afghanistan, rakyatnya menderita ketidakcukupan makanan..betapa kontranya negara kita dengan mereka..

kita perlu melihat derita, terdedah kepada luka dan merasai sakitnya pedih dan pilu demi membina hidup yang lebih cemerlang. beginilah lbh kurang suara hati laila bermonolog di akhir2 cerita. pengalaman yang lebih mematangkan sebuah kehidupan. bergelumang dgn kemiskinan dan penderitaan mengajar kentalnya hidup..

agaknya perlu menghantar anak2 malaysia yang serba mewah ini ke negara yang derita itu demi mengajar ank2 erti sebuah kehidupan.. agar lebih menghargai kemudahan dan kesenangan yang diperolehi. agar lebih bertamadun dalam berpakaian, adab dan perilaku.. 

hmmm...kata bibir bukan semudah perlakuan..menasihati org yang tidak berasa dirinya bersalah sangatlah sukar..memahamkan nikmatnya merdeka kepada mereka yang tidak memahami apa itu perjuangan tidaklah mudah...

                                                 fazura sebagai laila yang sangat2 cantik di mata saya..


Wednesday 7 December 2011

sukarnya dimengertikan


sukar memahami dan sukar dimengertikan adalah dua perkataan yang sama ertinya. sebuah situasi yang bukan mudah dikendong mahupun digalas. umpama sakit2 bisa dan lenguh badan. duduk dan baring dalam keadaan macam mana pun, ruang selesa itu gagal diperolehi. hanya diri yang mengalami merasainya. orang hanya sekadar memandang. mungkin ada yang simpati atau ada langsung yang tidak berperasaan lantaran gagal memahami. walau memahami sukar juga mahu membantu kerana empunya diri gagal mengimbangi sebuah rasa yang sukar dan amat sakit itu..

sebuah kehidupan adalah warna-warni. serupa pelangi yang punyai tujuh warna. begitulah corak hidup ini. tetapi pelangi itu sangat cantik dengan tujuh warnanya. kehidupan ini tercorak dengan warna-warna yang adakalanya memilukan dan melukakan. ada warna kelabu yang suram. warna hitam yang menakutkan walau pada sesetengah orang @ benda, hitam itu unik dan menawan sekali. merah pekat yang dikaitkan dengan darah...itulah warna-warni hidup. yang tidak pernah sunyi dengan pelbagai cerita. setiap warna ada ceritanya yang tersendiri. setiap manusia ada perangai dan kisah yang tersendiri. pahit manis sebuah kehidupan. hitam putih sebuah ceritera hidup.

kasih sayang sebahagian warna warni hidup. kasih sayang itu serupa dengan ujian. di mana tarafnya tidak sama pada semua orang. ada orang bahagia dengan kasih sayang yang hanya sederhana. ada orang tersungkur dengan kasih sayang yang melimpah. ada orang lemas dengan lautan kasih yang tidak mampu dihirup sepenuhnya. memberi dan menerima kasih tidak sama tadahannya. mungkin kasih sayang yang dihulur adalah sebaldi tetapi dia yang menerima hanya mampu menadahnya dengan sebalang kecil sahaja. luka? tentulah itu yang dirasainya. kita manusia selalu berkata mampu berlapang dada dengan penolakan..redha dengan ketentuan yang tertulis. tetapi menelan pahitnya ubat yang menyembuhkan itu bukan mudah serupa menelan gula-gula yang enaknya rasanya. 

kadang-kadang sukar dimengertikan sebuah perasaan. empunya diri sendiri gagal meletakkannya di tempat yang tidak goyah. sebab perasaan itu sesuatu yang hidup. yang boleh berlari dan berjalan. kadang lariannya laju dan seketika kemudian perlahan seolah bertatih sahaja langkahnya. manusia sendiri gagal memahami dan mengimbangi. sering sahaja lain di mulut berbeza dengan tulisan hati. lalu apabila yang sepatutnya selaras itu tidak sekata, warna biru bertembung dengan hijau dan koko, lahirlah sebuah warna yang tidak tahu mahu dipanggil warna apa. cantik dan unik pada sesetengah orang. tetapi jelek dan langsung tidak menarik pada mata sesetengah orang. nyata, sukar mahu mengkompromi sebuah perasaan itu..natijahnya...ada hati yang terluka. ada jiwa yang menghela gelisah.

jalan keluarnya adalah saling bertolak-ansur, belajar memahami.paling utama adalah menghormati. menghormati pendirian masing-masing. memang sukar tetapi itulah jalan keluarnya. jika tetap berkeras, diri sendiri menelan luka. warna kelabu akan terus kelam jika kita tidak pernah mahu belajar memahami bahawa warna kelabu itu ada juga menariknya. lebih menarik daripada pelangi tujuh warna yang munculnya hanya setelah hujan reda. jadilah diri sendiri sebabnya sampai bila kita mahu berterusan menjadi orang lain demi menatang sebuah perasaan lain. benar kata bijak pandai, berterus-teranglah biarpun kebenaran itu menyakitkan. berani kerana benar....

semoga kita menghargai kelabu yang kelam kerana itu adalah sebahagian warna takdir. yang menjadi rencah sebuah kehidupan yang mematangkan sebuah kehidupan yang tidak pernah sepi daripada dugaan dan rintangan.