Thursday 22 December 2011

blogging

assalamualaikum....
salam jumaat yang redup. penghulu hari yang penuh barakah. berdoalah di sepanjang jumaat nan mulia. banyakkan amalan di hari ini kerana fadilat yang dijanjikanNya amat besar sekali. kepada org2 pantai timur, jumaat adalah hari cuti. isikan cuti anda dengan amalan2 sunat dan perkara2 berfaedah.


Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

usia blog ini masih terlalu baru. dibina oleh saya dek desakan hati yang terlalu ingin berblog. oleh minat saya yang suka berceloteh dan merumus pemerhatian saya dalam sesuatu perkara. juga sebab saya terlalu suka membaca blog2...banyak blog yang saya jelajahi. blog masakan, blog yang bercakap mengenai kehidupan dan pengisian jiwa, blog yang berkisah kehidupan seharian. ringkasnya pelbagai 'perisa' saya merasa. semuanya memberikan pengalaman dan pelajaran tanpa sedar. daripada blognya yang dimiliki oleh mereka yang berintelektual dan yang dimiliki oleh orangnya yang biasa2 sahaja seperti saya barangkalinya.  setiap daripada taraf golongan, ada pelajaran masing2. serupa kata bidalan, tuntutlah ilmu biarpun daripada seorang petani walaupun anda adalah lulusan universiti yang dikenali dgn hebatnya taraf pelajaran anda.   sungguhlah sebab manusia tidak akan mampu menguasai semua bidang yang amat meluas dengan pelbagai cabang. maha luas ilmu ALLAH yang maha berkuasa.

saya rasa saya sudah banyak idea untuk menulis blog. tetapi seringkali saya mati akal. 'mahu tulis apa dan mengenai apa?' adoiii...bukan mudah rupanya. dan saya tabik spring pada mereka yang blognya selalu sahaja ada n3 baru setiap hari. ada cerita yang dikongsikan dengan pembaca blog. saya percaya setiap blog ada pembaca yang tersendiri. seperti saya yang suka menyinggah di blog2 kegemaran saya. saya tidak reti dan tidak ada idea untuk selalu menulis walaupun setiap hari saya buka blog sendiri. nyata bukan mudah rupanya. benarlah tiada yang mudah di muka bumi ini...hihihi...

melihat followers blog saya yang kian bertambah walau tidak banyak dan boleh dikata amat sedikit,  hati saya mekar. sekurangnya celoteh saya dibaca orang. dan saya harap adalah sesuatu yang baik boleh kita kongsi bersama. saya tidaklah pandai menyusun kata mahupun memberi ilmu2 kepada yang baca blog saya. hanya sedikit minat dan secubit kemampuan, itulah yang saya coretkan. 

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang membaca blog saya. yang menjadi followers atau yang singgah tanpa jejak...amat2 saya hargainya. semua yang baik itu adalah daripada Allah dan yang tidak baik itu adalah kelemahan saya.

salam kasih seharum kasturi. semoga hari ini melimpahkan rahmatNya buat kita...amin


No comments:

Post a Comment