Wednesday 26 October 2011

angan-angan

poyo je kan tajuk di atas? hahaha...sahaja saya mahu berkisah mengenai tajuk itu. zaman muda dulu, saya sangat suka berangan2.. di usia tua sekarang pun, rasanya habit ini masih kekal dalam diri saya.  suka berangan2... rasanya semua manusia tentunya punyai habit ini..bukankah angan2 adalah motivasi diri untuk berjaya. melalui angan, kita berusaha merealitikan angan2 agar berada dalam genggaman. cuma bentuk angan itu mungkinnya berbeza. ada orang mengimpi sekadar kemampuan, ada orang tinggi melangit dan ada orang terlalu tinggi bagaikan mahu memetik bulan (angan di luar kadar kemampuan diri). amatlah bertuah pada mereka yang mampu 'memetik bulan'. tentunya sangat manis realiti serupa ini. sebab jarang2 sahaja kebertuahan serupa ini. anugerah daripadaNya yang tidak terjangka.

menanti angan bertamu menjadi nyata bukan dgn duduk meriba tangan. tentunya perlu berusaha keras demi menggapai impian. bukan serupa mat jenin...hanya pejam mata dan bayangkan memiliki kejayaan berganda2...
dari kecil kita sudah diasuh berusaha keras demi mencapai cita2.. belajar rajin2 untuk dapat nombor 1. belajar rajin untuk masuk U dan nanti boleh dapat kerja yang baik. klise sehingga hari ini ayat2 ini..namun ini adalah kata sokongan. memberi semangat untuk mencapai kejayaan. 

cita2 serupa ini, tentunya ramai yang berjaya mencapainya. sesiapa yang berusaha + berdoa, tentunya mampu mencapai impian ini. sebab ALLAH memudahkan cita2 hambaNya yang berusaha dan berdoa (dan berserah kepadaNYA)
tidak semua yang diangan mampu digenggam. jarang sekali seseorang itu mampu memiliki segala impian yang disenarai oleh 'angan' mereka. bertahun2 mengendong angan nan satu...kadang2 tidak memiliki sehingga akhirnya. 
tidak memiliki angan yang diharapkan bukanlah pengakhiran sebuah kehidupan. ALLAH maha adil. mungkin hanya satu atau dua sahaja angan yang tidak tertunai. namun diberi olehNya sejuta pemberian. tetapi sebagai manusia kita kadang alpa dengan limpahan yang banyak ini. tetap berkeluh kesah dengan satu kemahuan yang tidak tercapai. dan kita selalu terlepas pandang untuk mensyukuri nikmat yang banyak...hanya kerana satu kemahuan yang belum dimiliki..(betapa dangkalnya fikiran manusia (sayalah)

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

percayalah bahawa ALLAH lebih mengetahui. dan perancangan DIA adalah maha hebat untuk hamba2Nya. ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu tetapi dia mengurniakan yang kita perlu. lantaran ALLAH lebih mengetahui lebih daripada diri kita sendiri. berdoalah selagi ada nafas dan asa...kerana ALLAH terlalu penyayang. dan segala doa kita bukan sia2...walau tidak dapat digenggam..doa itu menjadi pahala. sesungguhnya ALLAH sebaik2 perancang.... mereka yang berdoa kepadaNya adalah hamba yang dekat denganNya. dan ALLAH sukakan hambaNya yang berdoa dan merintih kepadaNya. amat merdu alunan suara mereka yang berdoa memohon kepadaNya. bestkan kan kalau kita selalu berdoa kepadaNya..sebab dekat dengan Pencipta kita. 

menurut hukama:"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnye ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat"

betapa besarnya ganjaran untuk mereka yang berdoa. tidak diberi secara tepat sebagaimana yang dipinta, namun ALLAH memudahkan laluan kita dlm hal2 yang tidak kita sedari. dan doa2 yang tidak diperolehi akan diberikan kepada kita di akhirat kelak. 

teruskan berdoa sehingga ke nafas terakhir. sebaik2 kebergantungan kita adalah kepadaNya. hidup kita biarlah tiada hari tanpa berdoa kepadaNya. berdoalah setiap detik dan dalam (selepas) solat fardhu. 

Doa apakah yang lebih didengar (dikabulkan)?”
Nabi bersabda: “(Doa tatkala) satu pertiga terakhir malam dan
sesudah sembahyang-sembahyang fardhu
 



..semasa budak2 dulu pernah berangan nak jadi cinderella, snow white, bawang merah dan macam2...impak daripada suka membaca kisah dongeng....hahaha..sy mmg poyo..(angan mahu petik bulan lah ni)

No comments:

Post a Comment