Saturday 15 October 2011

kali pertama

Gambar2 menarik di atas tiada kena dgn tajuk yang mahu diperkatakan ini. wajah2 syurga yang belum bergolak dengan pahit maung dunia. yang belum memahami erti sebuah hidup. tahunya dalam usia ini hanya keseronokan. bangun, jatuh, luka dan bangun semula. segalanya tetap menjadi pelangi pada anak2 syurga serupa ini.

kali pertama. imbas kembali pada kali pertama kita dalam apa jua yang dilakukan. kali pertama mengendong bahagia mahupun kali pertama merasai luka. mungkin juga kali pertama yang tidak mahu diulangi semula. atau kali pertama yang mahu dirasai kembali. tetapi segalanya itu tidak akan mampu dikecapi lagi lantaran masa yang berlalu tidak akan berpatah kembali. percayalah, kita amat merindu kali pertama itu...kerana kali pertama itu sangatlah bermakna. lama2 'kali pertama' yang berulang semakin hilang manisnya. apabila 'kali pertama' mula menjadi kebiasaan, 'nikmat'nya kian pudar. 

kali pertama makan KFC, pizza hut @ apa2 makanan yang dulunya asing (sebenarnya mahal) pada kita, sedapnya tidak terkata. teringat2 akan keenakannya sehingga beberapa hari. bercerita dgn penuh bangga mengenai makanan itu. dan paling utama ada rasa 'rindu' agar dapat memakannya semula. kali kedua menikmatinya masih berasa enak. kali ketiga masih terasa enak..lebih lagi jika jarak dari kali pertama dan kedua, jaraknya jauh.
tetapi jika sudah lebih daripada 10 kali, blh dikatakan acap memakannya, kesedapannya sangat berbeza dengan 'kali pertama.' 

dan apabila kali pertama itu mulai hilang enaknya. nilainya sudah tiada lagi. begitulah dalam apa2 sekalipun...kali pertama itu sangat bermakna dan berharga. barangkali, kerana tingginya nilai kali pertama yang mulai hilang, kita semakin hilang keelokan yang sepatutnya dijaga dan dihargai. mulai membazir pada sesuatu yang dulunya amat sukar untuk kita perolehi dan rasainya. walhal di luar sana, masih ramai yang tidak mampu makan. apatah mahu menjamah makanan seenak (semahal) yang kita bazirkan...

sebab dulunya sy sangat miskin, terlalu miskin @ apa lagi perkataan yang mahu saya gambarkan betapa miskinnya saya. aduhai (sebak). dan kali pertama memakan nasi ayam, KFC, pizza (makanan yg sekarang ini, sesekali masih jadi enak pd saya) adalah sesuatu yang sangat manis...hahaha...perkara kecil shj tetapi kali pertama ini bila dikenang dgn sehalusnya perasaan lalu membandingkan keselesaan kita sekarang dgn mereka yang tidak dapat makan...(berbaur perasaan). untuk lebih bersyukur, bandingkan kita dgn mereka yang lebih sukar daripada kita...

itu kali pertama mengenai makanan. dan pada2 perkara2 lain sekalipun, nilainya tetap tinggi. kali pertama memakai baju & alas kaki hari raya dengan sempurna juga sangat bermakna. pertama kali mempunyai wang dgn jumlah yang agak besar pada orang miskin seperti saya...juga satu kemanisan...(tp dalam bab RM, sekarang pun bila dapat (hasil) dlm jumlah yang wow....tetap teruja) huh! sangat tak patutkan? (atau tamak? hehe)

kali pertama berkenalan dengan kawan, bersahabat juga satu kemanisan. kemanisan yang semakin lama mula bersulam tawar + pahit + kelat sebab semakin mengenali. namun segala warna kelabu itulah yang menambah mesra sebuah kasih antara kawan. dan kali pertama yang sudah jauh berlalu adalah kenangan paling manis. kenangilah kali pertama apabila kasih sayang kian memudar. (ini utk pasangan sah mungkinnya) sebab tiada kesempurnaan pada manusia. kesempurnaan kali pertama bukan lakonan tetapi sifat semula jadi manusia...graiviti yang asal...spontan sahaja jadinya...

 jauhnya saya melalut mengenai kali pertama. melihat iklan KFC di TV menghadirkan idea untuk mengupas tajuk ini. antara kita semua pastinya ada kali pertama. kenangilah kali pertama untuk membina hubungan dan diri sendiri yang lebih baik. samaada kali pertama itu luka mahupun suka, kali pertama itu tidak akan berulang lagi...

kali pertama adalah rentetan untuk kali terakhir..perjalanan berjuta batu @ di mana kini anda berada (puncak) adalah bermula dgn kali (langkah) pertama. hargailah susah senang & jatuh bangun kali pertama itu...


(tiada kena mengena dgn artikel. kali pertama membikin karipap. hangit + hancur + langsung takde rupa. tapi kenangannya ada...hahaha)

No comments:

Post a Comment