Wednesday 19 October 2011

berbahagi kasih

gambar keluarga bahagia wardina di atas tiada kaitan dgn n3 ini. saya letak sebab sy sangat suka + minat melihat wardina dgn keluarganya. wardina yg sangat lawa + sopan. ditambah dengan perjuangannya bercakap mengenai keagamaan. dia seorang artis yang boleh dicontohi.
saya tertarik hati mahu berblog kerana tertarik dgn blog ini. http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2011/10/mejadi-isteri.html. blog sisi kehidupan di mana penulis blog bercerita mengenai dirinya yang menjadi isteri kedua. dia muda dan matang. tulisannya cukup membuka minda. bukan bermakna saya menyokong poligami. cuma saya kagum pd dia dgn kehidupannya sebagai isteri kedua yang bersalut bahagia dan kesefahaman kedua2 pihak isteri.
jarang sekali bertemu dgn isteri di alam poligami yang hidup bahagia. selalunya dihidang dengan derita dan luka mengenai isteri yang bermadu. boleh dibilang berapa sangat yang bahagia. (atau yang bahagia sebab sudah bahagia maka duduk diam2...tetapi yg tidak bahagia menjadi kes di mahkamah, TV, majalah dan sebagainya). berapa ramai sangat ya cerita poligami yang indah2. sebagaimana kisah poligami saleh yakob...hahaha.

poligami @ madu sangat ditakuti wanita. tanyalah mana2 wanita, waima gadis sunti seusia 13 tahun pun sudah reti takutkan madu. seolah badi pada wanita. ada wanita yg boleh melenting dgn isu ini walaupun tiada kaitan dengan mereka.
namun begitu, tidak kurang juga wanita yang berada di alam poligami biarpun perkara ini amat ditakuti dan dibimbangi. malah akhir2 ini semakin banyak kes poligami diketengahkan di media massa. yang banyaknya kisah poligami berepisod air mata. isteri kedua yang terabai, isteri ketiga yang digantung tidak bertali dan tidak kurang juga isteri pertama yang ditinggalkan lantaran suami mabuk kasih beristeri lebih daripada satu.

lalu apabila 'jumpa' blog sisi kehidupan ini, saya jadi tertarik untuk selalu mengikuti blog ini. membaca pengalaman demi pengalamannya sepanjang menjadi isteri kedua. bertahun dulu saya ada membaca sebuah kisah dalam majalah. kisah isteri kedua yang juga bahagia. memetik patah kata2nya. 'tiada wanita yg bercita2 mahu bermadu. walau dijanjikan payung emas. (tidak sanggup sebab payung emas itu tiada di hadapan mata barangkalinya) tetapi apabila ujian itu bertamu (bermadu pada sy adalah ujian sebab ianya sesuatu yg amat sukar utk ditempuhi. jika tiada iman & tidak mampu redha serupalah menempah laluan neraka - sebab hati dan jiwa selalu hitam memikirkan & membayangkan suami dgn isteri lain) siapa yang mampu menidakkan? dan ALLAH menguji seseorang itu bersesuaian dengan kemampuan hamba2Nya.

lelaki seperti suami pemilik blog SK, adalah contoh suami yg harus (boleh) berpoligami. kukuh kewangan dan ada imannya. dalam dunia hari ni, RM memain peranan penting. bukan bermaksud wang adalah segalanya. tetapi segalanya adalah dengan RM. mengenai kepentingan RM, masing2 tahu sendiri...berbelanja biarlah mengikut kemampuan dan keperluan. bukan membazir pada perkara yang tidak perlu.. lelaki yang bagus imannya jika berkahwin lebih daripada satu (atau dua, tiga dan mungkin 4) tentunya melahirkan generasi yang elok akhlaknya.di zaman ini amatlah sukar mahu mencari lelaki (suami) yg berkualiti iman + akhlaknya. seolah sudah pupus kualiti lelaki2 yg beriman dan berakhlak. ditambah dgn pelbagai isu2 negatif yg menakutkan serupa bunuh isteri dan anak2, kekasih dan pelbagai lagi. (sekadar menyebut melalui berita2 hari ni)
kepada isteri2 yg punyai suami yang beriman + berakhlak amatlah bertuah. sekurangnya jalan ke syurga terbentang. 

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
artikel ini tiada kena mengena dgn sy. sy tiada sekuman pengalaman pun dalam perkara ini. sekadar perspeksi saya melalui pemerhatian. tercetus daripada blog SK ini. kepada suami yang mahu berpoligami baca di sini http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/09/apakah-beza-hukum-asal-poligami-itu.html. fikir2kan kadar iman dan kemampuan kewangan anda agar tidak berat sebelah bahu anda di akhirat kelak lantaran tidak mampu berlaku adil. renung2kan dan selamat beramal.
                                           suka sangat dgn keduanya ini...jelita

No comments:

Post a Comment