Friday 14 October 2011

Berbaik sangka

Tajuk di atas adalah tajuk rancangan al kuliyah TV3 hari. saya bermalas-malasan di katil lantaran hari hujan. oh seronoknya bersembunyi di dalam gebar dalam suasana malap. teringat rancangan yang selalu saya ikuti ini. hmmm....kata hati, layanlah mata atas tilam empuk. lebih lagi hujan gerimis yang seakan membelai lena. tetapi kata hati juga membisik, agar membuka TV. yap, saya gagahkan diri keluar dari gebar dan memaksa diri menonton TV. (kredit utk diri sebab berjaya melawan kemalasan diri...hihihi perasan sendiri)

saya jadi seronok melihat nama ustaz yg jadi jemputan dlm rancangan ini. ustaz pahrol juoi, selalu saya membaca nama beliau dalam Luv Islam. beliau menulis untuk luv islam dan karya-karyanya sangat saya minati. bercakap mengenai kehidupan yang sedikit sebanyak tempiasnya memercik pada diri. 
bersangka baiklah kepada ALLAH. beliau memulai mukadimahnya. kerana daripada sangkaan baik terhadap Yang Maha Pencipta akan wujud sangkaan baik sesama manusia. sebab kita manusia sering sahaja memesong pandangan terutama ketika diri dirundung malang seperti kehilangan, sakit atau apa sahaja musibah diri. lebih tepat diri saya sendiri. saya selalu dan mudah merusuh dengan sesuatu yang negatif. aduhai sungguh lemah diri ini. mengapa sukar sekali mahu muhasabah diri tika berdepan dengan kesukaran? 

pesan ustaz pahrol, letaklah ALLAH dalam kehidupan kita. memang mudah mengatakannya melalui mulut tetapi sejauh manakah ALLAH dalam hati kita jika solat pun tunggang-langgang. sering tersasar dari waktu yang ditetapkan. utamanya tunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya. inilah kunci keimanan. kunci keimanan bermakna anak kunci syurga. 

jadilah manusia yang bersyukur. bersyukur itu bukan sekadar ucapan di mulut. tetapi sekali dengan lisan dan perbuatannya. selain lafaz alhamdulillah buatlah solat syukur. seperti juga kita sayangkan seseorang (pastikan bukan sayang yang menyongsang..hihi). ustaz membuat contoh suami dan isteri yang sayangkan pasangan masing-masing. selain ungkapan sayang, tunjukkan sayang itu dengan perbuatan juga. memberi hadiah atau membantu meringankan kerja pasangan. menjadi pendengar yang baik kpd pasangan.

bersangka baik sesama manusia. jangan terlalu mudah membuat tohmahan. pandangan mata selalunya tersasar. tetapi bergantunglah kepada situasi. biarlah tepat dengan logik akalnya. tepuk dada tanya iman...

No comments:

Post a Comment