Thursday 20 October 2011

syarat kehidupan yang pasti


“Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memeroleh kebaikan, mereka mengatakan, ‘Ini adalah dari sisi Allah,’ dan kalau mereka ditimpa suatu bencana mereka mengatakan, ‘Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad).’ Katakanlah, ‘Semuanya (datang) dari sisi Allah.’ Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?” (Surah an-Nisaa` [4]: 78)

Awal pagi saya terima SMS daripada emak saudara memberitahu sepupunya (sepupu emak sy juga) meninggal dunia. pakcik (arwah) ini memang seorang yang baik dan agak rapat dengan semua anak beranak (saudara-mara). terkedu seketika membaca sms itu. saya masih dalam gebar tika itu. mata yang mengantuk sebab tidur selepas subuh (berjaga sepanjang mlm sehingga waktu subuh) jadi terang dan bulat. terketar juga membalas sms makcik bertanya bilakah pakcik meninggal dan apa sakitnya. pakcik meninggal jam 4 pagi setelah batuk2 dan mengadu sesak nafas. menurut isterinya, kebelakangan ini arwah selalu tidak sihat dan sakit2.... dan akhirnya arwah pergi dalam keadaan yang mengejutkan kami semua. itulah janji Allah yang amat pasti. tidak akan lewat atau awal sesaat sekalipun. kematian itu adalah pasti.

lalu tinggallah segalanya yang disayangi di dunia ini. isteri / suami / anak2, kereta, rumah dan segalanya akan ditinggalkan. usaha berhabisan untuk kita dapatkan sesuatu, kita akan tinggalkan kala badan dan nyawa berpisah. yg dibawa hanya kain kapan yang membaluti. diletak dalam keranda kayu dan ditimbus berkaki2 keseorangan di dalam tanah. tika itu hanya amal yang boleh membantu. solat lima waktu yang akan ditanya dan dihitung pertama2 kalinya oleh malaikat...bagaimana dgn solat kita? cukupkah? tepatkah waktu solat kita? sehebat mana kita menjaga solat kita?

dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.
Surah Al-Baqarah ayat 45.
(betapa Allah mengutamakan solat ke atas hamba2Nya)
 
kematian adalah syarat hidup yang pasti. semua manusia akan mati. bila dan bagaimana? itu rahsia ALLAH. melihat kematian dgn mata hati amat menggerunkan. cukupkah amalan kita untuk dibawa bertemu denganNYA? bagaimana timbangan dosa dan pahala kita? yang mana lebih memberat? andaikata, kematian datang meragut tika ini atau seminit dua lagi, akan ke mana kita agaknya? taman syurga atau kawah neraka? dgn dosa yang menimbun dan selalu terpesona dgn kenikmatan dunia...

apa yang kita lakukan beberapa minit lalu? membuang masa atau menambah nilai pahala? apa yg mahu kita lakukan beberapa minit selepas ini? segalanya akan dihitung tanpa terlepas pandang walau sekuman olehNYA.

wahai Tuhan, aku tidak layak untuk syurgaMU
namun aku tidak sanggup ke nerakaMU
terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku
sesungguhnya ENGKAU pengampun dosa-dosa besar.

tika nyawa masih berhembus, tika udara masih dihirup, tika sihat tubuh dan akal...bersujudlah kepadaNYA..berdoalah memohon keampunan daripadaNYA.
 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).  

            al Fatihah buat arwah ayah long (Rosmey Hamid). semoga arwah ditempatkan dalam golongan org2 yang beriman. amin

No comments:

Post a Comment