Friday 21 October 2011

nota wasiat

Rasulullah pernah bersabda: “Tidaklah sepatutnya seorang muslim yang memiliki sesuatu untuk diwasiatkan, melalui dua malam melainkan wasiatnya sudah tertulis di sisinya.” Hadis ini dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya, hadis no: 2533 (Kitab al-Washaya, Bab wasiat dan sabda Nabi).

Tajuk Al Kuliyah hari ni ialah nota wasiat. dengan maksud hadis di atas betapa pentingnya menulis wasiat tika masih hidup. ini memudahkan proses pengendalian menguruskan harta apabila kita sudah meninggal dunia. tulislah sebaik2nya dan lantik seseorang sebagai pemegang wasiat. seseorang itu biarlah orang yang kita kenal. kenal kejujuran dan keikhlasannya. terutama kpd mereka yang tiada pasangan. (lebih lagi pada yg sudah tiada emak dan ayah)  selain memudah urusan pengurusan harta yang ada, juga mengelakkan pergaduhan sesama saudara. ramai yang bergaduh sesama sendiri disebabkan harta. kadang tu harta itu tidak banyak mana tetapi tetap mahukan harta yang seciput daripada si mati itu. kepada yang memelihara anak angkat, eloklah berwasiat tika hidup sebab si anak angkat tidak boleh mewarisi harta si mati melalui pembahagian hukum faraid. 

kata ustaz (lupa pula nama ustaz jemputan hari ini. belum pernah lihat & dgr ceramah ustaz ini) berwasiat bukan sahaja pada harta yang ada tetapi seeloknya terutama emak & ayah mewasiatkan agar anak2 tidak meninggalkan solat lima waktu, berkelakuan baik, menuntut ilmu yang baik dan sebagainya lagi yang baik2. bukankah antara tiga perkara yang tidak memutuskan hubungan apabila seseorang itu meninggal dunia adalah amalan yang baik & doa ank yang soleh. (satu lagi sedekah jariah). kpd yg punyai harta yang banyak eloklah mewasiatkan agar pewaris meluaskan harta itu kepada perkara2 kebaikan (amal jariah)

mudahkanlah sesuatu ketika hidupmu....

2 comments:

  1. askum...sy sentiasa follow blog awk...hehehe

    ReplyDelete
  2. wasalam. aduhai mama ieta, terharu saya. terima kasih byk2 mama ieta. mama ada FB tak? saya cari2 gak nama mama tp x ketemu...hihi

    ReplyDelete