Friday 14 October 2011

andai sudah memberi

wajah2 kesayangan saya yang ikhlasnya tanpa was2...
 
sejujurnya, dapatkah anda merasai sejauh mana org yg anda sayang itu menyayangi anda? jika mampu disukat, sama laraskah sayang anda padanya dgn sayangnya pada anda?
Ini status FB saya beberapa hari yang lalu. ramai yang like...tapi beberapa org sahaja yg komen. kenapa tidak ramai yang komen? hmmm pada saya sukar sekali mahu mencerakin jawapan persoalan ini. sebab soalan ini tidak akan mampu dijawab oleh org yg ditanya. jawapannya ada pada org yg ditanya...hahaha berbelit2 ya. kita tidak akan mampu selami kasih sayang org pd kita. biarpun selautan kasih kita pada dia. tidak mustahil sayangnya pada kita tak sampai pun satu liter. kasih sayang itu bukan benda yang blh dibilang, dihimpun dan dipegang serta disimpan. dirasa melalui hati? hmm...mungkin juga boleh. tetapi sejauh atau sedalam mana tetap sukar mahu menyukat larasnya.
dan kita akan kecewa jika tidak memperolehi balasan sebagaimana yang kita berikan. secupak diberi tetapi dibalas hanya secawan, tentu kecewakan? namun rasa yang hadir dari dalaman ini tidak mampu dipaksa mahupun disuruh. ianya akan lahir sendiri. kadang tanpa sedar pun, rasa itu hadir. aneh dan pelikkan? itulah yang dinamakan perasaan. benarlah bagai dikata, cinta itu tidak boleh dipaksa. tetapi boleh dijual beli melalui RM kan? hahaha..pada sesetengah manusia di era ini mungkin boleh diterima pakai..opsss...dah melalut.
kasih sayang termasuk dalam rezeki daripadaNya (semua perkara mahupun benda adalah pemberianNya). justeru jika kita memperolehi tidak sebagaimana yang kita harapkan, janganlah terlalu kecewa atau luka. bersabarlah. anggaplah itu bukan rezeki kita. serupa juga dengan budi. bila sudah berbudi usahlah mengharap balasan. percayalah, segala yang diberi dengan penuh ikhlas akan mendapat ganjaran daripadaNya. bukan daripada orang yang telah kita taburi budi itu. memberilah dengan penuh ikhlas dan luhur hati. biarpun (mungkin) tidak dihargai, redailah pemberian itu sebab itu adalah rezeki orang yang menerima. kita yang memberi? tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima. 
saya tertarik dengan satu komen. dia mengumpamakan beras yang tumpah ke tanah, walau dikutip semula tidak akan sama dengan yang (sebelum) tumpah. mungkin sudah dimakan ayam, ditelan pasir atau sudah tidak boleh diguna lagi. beginilah ibaratnya. jadi kepada yang sudah memberi, ikhlaskanlah. keikhlasan itu lebih bermakna daripada rasa kecewa dan harapan mendapat balasan. keikhlasan itu juga tidak dapat dilihat dan disukat. bagaikan semut-semut hitam di atas batu yang hitam. lalu siapa yang mampu meramal ikhlas itu?
ALLAH pastinya tahu ikhlas itu. dan DIA lah yang akan memberi ganjaran atas keikhlasan yang sudah diberi. dan kita sendiri, jika sungguh ikhlas...percayalah rasa ikhlas itu sangatlah bermakna. bagaikan diri berada di kayangan. Maha Suci ALLAH Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.
                                ( antara kesayanganku - kasih sayang yang ikhlas)

No comments:

Post a Comment