Sunday 29 January 2012

definisi bahagia


benarkah semua orang berhak berasa bahagia dan memperolehi bahagia biarpun kebahagiaan itu terpaksa dirampas daripada orang lain? walaupun kebahagiaan itu dibina atas air mata orang lain?

kata-kata itu entah dari mana saya perolehinya, namun saya amat tertarik mahu mengupas di sebalik kata2 itu. bahagia. siapa yang tidak mahu bahagia, semua orang mendambakan bahagia dalam kehidupan masing2. berlawanan dengan derita adalah bahagia. masakan ada org memilih derita dalam kehidupan mereka. 
tetapi di mana mahu dicari bahagia itu? perlukah bahagia dicari atau bahagia akan datang sendiri?
sungguhkah perlu mengenepikan bahagia orang lain agar kita mendapat bahagia itu? menggantikan ruang yang diisi oleh orang lain dgn diri kita? mungkin agak keliru persoalan ini, tetapi seringkali terjadi. tertanya juga di benak saya, apa perasaan org yang mengambil bahagia itu secara paksa? kuat benar hatinya ya? andai saya, rasanya belum kuat untuk membina bahagia atas derita orang lain....sebabak yang saya lihat, jarang sekali mereka yang membina bahagia atas derita orang lain kekal berpanjangan..amat takut sekali..tetapi kata pihak yang mengambil, dia mahukan kebahagiaan..dan dia melakukan apa sahaja untuk bahagia biarpun terpaksa mengambilnya dengan cara yang terpaksa dan menyakitkan...biarpun bahagia yang dirampas itu sekejap cuma dirasainya.

bahagia itu ada di mana2..kita yang perlu mencarinya...benarkah kata2 ini? mungkin ada betulnya tetapi kita perlu berusaha dengan lebih keras. lebih bijak mengendalikan hati sendiri. lebih kuat dan bertabah dalam mencari bahagia. mencari bahagia umpama mengagau emas dalam timbunan sampah sarap..amat sukar tetapi itulah kemanisan yang paling indah. selalunya bahagia yang diperolehi setelah melalui derita lebih manis dan berharga. kita akan lebih menghargai bahagia yang sukar dimiliki...

bahagia itu barangkali berbeza definisinya dalam setiap manusia. mungkin sesetengah orang lebih bahagia dengan cara mengalah, daripada saban waktu menyimpan sakit hati dan gagal berlapang dada..mungkin pada sesetengah orang, berjuang dulu...walaupun akhirnya gagal, itulah kemanisan dan kebahagiaan..

pandangan mata juga bukan ukuran bahagia. mungkin dari mata kasar, kita melihat orang itu bahagia dengan apa yang dia ada..segalanya yang kita langsung tiada...tetapi benarkah dia bahagia? barangkali kita lebih bahagia daripadanya...hmmm sukar mahu mengupasnya. bahagia itu letaknya di hati. di mana kita yang lebih tahu dan faham sejauh mana kita bahagia dengan kehidupan kita...kita perlu mencari bahagia dengan cara yang paling berhemah. dengan kasih sayang yang tulus. bukan dengan maksud tersirat di sebalik kata..sebarang taktik yang dijual jarang sekali memulangkan hasil yang lumayan..
andai kita mahu bahagia, kita perlu lebih bertolak ansur dan berlapang dada dalam banyak perkara. kerana bahagia itu bukan untuk dijual beli. bahagia itu adalah perasaan..yang mahu kita miliki sehingga ke nafas terakhir. redha pada takdir diri, itulah bahagia yang kita miliki...sematkan iman dalam diri agar kita selalu bahagia dengan kesederhanaan yang sedang kita genggam...walaupun mungkin pada mata orang kita belum bahagia...hak masing2 yang kita ada tidak sama dengan orang lain...maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada....lafazkan syukur dalam setiap yang kita perloehi walau hanya sekepal cuma..biarpun menjeling dalam bakul orang lain, bercupak2 yang dia perolehi. rezeki kita hanya setakat itu..bersyukurlah..boleh jadi di belakang kita ada orang yang langsung tidak punya apa2 walau hanya secubit...

letakkan bahagia di dalam hati..rasai kesempurnaan diri seadanya. bersyukurlah...walau sesekali berasa luka dan duka..kerana kepedihan itu mengingatkan kita lebih kepadaNya. 

B A H A G I A = bersyukur seadanya

2 comments:

  1. bahagia itu adalah kelapangan fikiran.. dan kesudian hati menerima segala takdir di samping berusaha mencari yang terbaik.. Redha itu suatu perintis menuju kebahagiaan..

    ReplyDelete
  2. yap....betul. bersyukur seadanya tanpa membandingkan diri kita dgn org lain...kasih sayang Allah luas dan DIA menunjukkan kasihNya kpd kita dgn cara yang tidak sama.
    terima kasih memberi komen dan singgah di blog akak...

    ReplyDelete