Monday 2 January 2012


Hari ke3 di tahun baru 2011. Terima kasih Allah kerana masih diberi peluang menghirup udara hari ini. Berlalu sudah segala kenangan pahit, manis, masam, kelat dan payau dirasai tahun 2011. Yang baik adalah memori indah dan yang buruk itu semoga menjadi sempadan diri yang lebih mematangkan diri dalam hari2 mendatang.
Selalunya tahun baru dikait dengan azam baru. Hmm…apa ya azam baru anda dan saya? Hahaha..bercakap mengenai azam, rasanya saya tiada azam baru. Cumanya mahu menjadi yang lebih baik dan terbaik, tentunya harapan semua orang. Bertambah angka dalam usia kita bermakna kurangnya umur kita di sisi ALLAH. Kurangnya usia bermakna jambatan menuju kematian semakin menghampiri. Ya ALLAH, jadikan hambaMU ini lebih baik. Seorang yang sering muhasabah diri, berusaha meningkat iman dalam diri. Tinggalkan segala sifat mazmumah. Semoga peribadi ini telus dengan sifat2 mahmudah. Semoga impian nan satu yang bertahun dikendong akan tertunai pada tahun ini..amin. sesungguhNYA DIA maha mengetahui terbaik buat hambaNYA.
Usia semakin banyak, bermakna diri semakin tua. Biarlah tua yang mematangkan diri. Menjadi lebih rajin dan tekun dalam sesuatu yang dilakukan. Lebih memberi komitmen sebaiknya dalam urusan2 yang harus diambil serius dalam mendepani masa yang dilalui. Lebih konsisten dalam beribadah. (inilah yang paling payah dan sukar).
Semalam yang berlalu adalah detik yang tidak akan berulang lagi. Semoga hari ini yang masih dihirup memberi manfaat yang baik. Agar esok dilalui, membawa seribu erti buat kita yang menjadi hambaNYA di muka bumi ini.

Selamat tahun baru 2012

No comments:

Post a Comment