Friday 6 January 2012

URUSAN TERAKHIR


Sebuah perjanjanjian terpateri

Menjadi syarat  sebuah kehidupan

Sebuah janji yang pasti

Sama sekali tidak dimungkiri

Biarpun ke hujung dunia bersembunyi

Cuba dielak dengan sejuta helah dan cara

Kematian tetap mendepani



Saat gerun lagi menyakitkan

Pasti akan tiba

Pada setiap manusia

Tanpa mengenal sesiapa sekalipun

Hari terakhir akan dilalui

Penuh sakit, debar dan menakutkan

Telah tertulis saatnya paling menyakitkan

Dalam kehidupan manusia

Tiada tergambar tiada terkata

Kesakitan maha hebat

Yang tidak mampu dizahirkan

Lantaran jasad telah kaku tanpa nyawa



Tidak pada yang tua, mahupun yang sedang terlantar kesakitan

Kematian datang tanpa amaran

Tiada lambat mahupun cepat

Alangkah ruginya pergi dalam kekosongan

Tanpa amal dan ibadah

Sebagai bekalan perjalanan abadi

Pergi yang tidak akan kembali

Terputus segala hubungan sesama manusia

Kaku di dalam tanah

Menjadi makanan ulat

Akan lerailah isi-isi badan dan tulang temulang



Sebuah janji yang pasti

Beringatlah sebelum sesal

Kerana kematian tiada penangguhan

Tiada galang ganti

Tarikh luput setiap manusia

Akan bertamu



Sesungguhnya manusia dalam kerugian

Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh kepadaNYA.



Sebelum tiba tarikh luput

Isikan hari-hari dengan iman

Sujud pada Yang Esa.





Nur kasih

6 desember 2012


Tercerna oleh tajuk al kuliyyah petang tadi urusan terakhir



No comments:

Post a Comment