Friday 20 January 2012

majlis perkahwinan. di mana nilainya pada kita?



Di Malaysia, bancian terkini menunjukkan lelaki lebih ramai daripada wanita. Kasihan lelaki, ramai yang nak beristeri tapi 'persiapan agama' belum melayakkan. Didik lelaki, terdidiklah para isteri, para anak dara, para wanita semuanya. Siapa nak didik lelaki ni?

Kata2 penuh makna ini saya ambil daripada FB ustazah Fatimah syarha. Seorang ustazah muda yang amat saya kagumi tahap agamanya. Dia muda tetapi amat berpandangan jauh dalam perjalanan kehidupan yang sememangnya penuh pancaroba. Membaca karyanya bertajuk Pemilik Cintaku setelah ALLAH dan Rasul, membuatkan seorang saya berasa malu pada diri sendiri. Betapa lemahnya saya sebagai manusia yang kian banyak usianya. Saya yang masih mahu bersuka-suka ria sedangkan kematian sedang menjejak setiap langkah manusia. 

Berbalik pada kata2 di atas, menunjukkan betapa ramai lelaki yang belum terdidik. Lalu bagaimana mereka mahu menjadi pendidik @ pembimbing? Sedangkan para perempuan@ isteri mendambakan bimbingan dan didikan daripada lelaki @ suami. Barangkali atas sebab inilah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang gila2 jarang berpanjangan. Sering sahaja berita penceraian diberitakan di mana2. itu tidak termasuk berita mengenai artis yang memang terpapar di muka depan majalah dan akhbar dan laman sosial internet. Di manakah punca utama pernikahan singkat seperti ini? Semua yang berkahwin tentunya mengharapkan perkahwinan berkekalan sehingga ke syurga walaupun tak bersolat tetapi juga berharap demikian. Lalu di mana dahan berpautnya? 

Saya bukanlah orang yang arif dalam memberi pandangan. Namun mahu juga memberi buah fikiran melalui sedikit kadar pengamatan dan pemerhatian. 

Maksud hadith: Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)

Berapa ramai yang mengambil kita kiteria2 itu dalam perkahwinan mereka? Berapa ramai yang mengambil kira soal ibadah dalam (majlis) perkahwinan? Berkahwin kerana ALLAH dan agamanya?

Selalunya majlis perkahwinan menjadi kenduri yang paling bermakna dan bererti kerana hari itu adalah hari yang paling bahagia. Hari yang paling bermakna. Sebuah cinta yang kini diangkat martabatnya dengan ikatan sah di sisi agama. Berasa ingin dikhabarkan kpd dunia betapa gembiranya hari ini. Berkahwin juga adalah satu kemenangan kerana masih ramai yang belum berjodoh, yang masih mencari dan mengharap bertamunya jodoh mereka. Maka bersyukurlah anda2 yang sudah berkahwin.

Ramai yang sanggup berhabisan demi majlis perkahwinan. Mahu kelihatan gah dan sangat besaran. Kononnya kahwin hanya sekali walhal kemungkinan untuk berkali2 tiada yang mustahil sebab kita tidak memegang tempoh usia jodoh. Boleh jadi berpisah oleh sebab bercerai mahupun kematian. Ada kebarangkalian untuk bernikah lagi dan lagi. Kadang2 mereka yang singkat fikirannya, berhabisan RM yang ada sehingga licin demi majlis perkahwinan. Biarlah selepas kahwin makan maggi sahaja pun..asal kelihatan gahnya majlis kita…ini adalah pandangan yang tidak bijak dan berunsur riak. Amatlah merugikan.

Yang berhutang juga tidak kurang sedikitnya. Alangkah ruginya meminjam kpd perkara2 yg tidak penting serupa ini. Eloknya andai pinjaman yang ribu riban itu dimanfaatkan kpd perkara yg lebih berfaedah seperti pinjaman membeli rumah mahupun kereta (keperluan / kemudahan) berbaloi dengan bayaran baliknya. Kiraan zaman sekarang memang mahal dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Pelamin + mekap + persalinan + jurufoto, di sini sahaja sudah ribu2.. kalau yang memang betul2 mampu dan ada RM yag berlebihan, tak ada salahnya. Tapi pada yang tida ada @ tidak mampu, tidak perlulah sampai buat loan. Hilang berkat apabila kita bersusah2 pada perkara yang senang dan mudah. Islam itu tidak memberatkan mahupun menyusahkan. Jadi berbelanjalah secara sederhana. Cukuplah lebihkan pada makanan (jika mampu) sebab memberi makan adalah sunat dan amat dituntut agama sebagai cabang menghebahkan pernikahan. 

Saya amat tabik pada sebilangan pengantin yang masih mementingkan kesederhanaan dalam majlis perkahwinan. Sekadar memenuhi tuntutan hebahan. Bergambar seadanya sebagai kenangan paling membahagiakan. Sebilangan ini kian jarang ditemui dalam kelompok yang ramai…mereka yang tahu dan faham sebenar2 makna pernikahan berlandaskan hukum dan mempraktikkannya. Yang mengharap keredaan dan keberkatan daripadanya. Kalau saya, tak perlulah barangan hantaran..pada saya amat menyemakkan..hihihi…jgn ikut cara saya yang sempoi ini…pada sy perkara2 yang tak wajib tu, tak perlulah diberatkan…huhu. Cukup ijab dan kabulnya sahaja..

Yang harus ditekankah adalah persediaan untuk menempuh alam perkahwinan. Kehidupan berdua yang akan menjadi tiga, empat dan kian bertambah seiring dengan masa yang berlalu. Besar dan meriah @ mewah perkahwinan itu bukan jaminan kebahagiaan akan berpanjangan. Tetapi pada iman dan kesediaan memikul tanggungjawab yang berat. Mahunya pada bahu seorang suami. Dia yang akan menanggung dosa2 isteri dan anak2nya. Tersilap langkah, pintu neraka menanti anda wahai para suami dan ayah…pernikahan bukan sekadar menghalalkan hubungan lelaki dan wanita tetapi merangkumi banyak perkara. Yang bukan mudah untuk dikendalikan. Yang bukan senang untuk dikemudi. Emosi dan perasaan @ egois dua manusia yang selalu berlawanan. Yang hanya boleh dikawal oleh iman di dada. Lalu menjadi suami @ bapa dan isteri @ ibu adalah pelajar setiap hari. Anda harus belajar dan belajar demi melengkapi sebuah keluarga yang harmoni. 

Berbaliklah anda semua (saya juga) kepada tujuan utama pernikahan itu. Untuk memiliki dunia adalah dengan ilmu. Untuk memiliki akhirat adalah juga dengan ilmu. Pokoknya ilmu adalah kepentingan yang amat berharga. Lebih lagi ilmu agama yang boleh memandu kita pada sebuah kehidupan yang lebih baik. Jadilah suami dan isteri yang hebat pada rumah tangga masing2…

Kepada yang belum berkahwin dan merancang perkahwinan, kembalilah pada tujuan utama pernikahan…tepuk dada tanya iman…semoga jawapan yang diperolehi adalah berlandaskan hukum agama. Elakkan pembaziran dalam majlis perkahwinan.

No comments:

Post a Comment