Friday 25 November 2011



sejauh mana kita meletakkan nilai sebuah persahabatan dalam diri kita? di mana letak duduk persahabatan dalam hati kita? sehingga bila rasa kasih itu akan terus ada dan bertapak dalam hati kita?
sebuah persahabatan sejati dan abadi sukar bertahan. nilai abadi itu kadang2 menyusut dibawa waktu yang berganjak. kala di sekolah rendah, mungkin rapatnya dengan orang lain. di sekolah menengah barangkali akrab dengan orang lain pula. terutama jika kawan baik di sekolah rendah tidak satu sekolah di alam menengah. dan di universiti mungkin rapat dengan orang lain pula. bertukar kawan baik. secara tidak langsung juga meramaikan sahabat yang kita ada. sukar sekali mahu berkawan sehingga ke hari tua, terutama apabila sudah berkeluarga dan tinggal berjauhan. keutamaan persahabatan kian menghilang. ada perkara lain yang perlu diberi tumpuan...kasih sayang sesama manusia inilah...akan hilang dibawa waktu. kadang-kadang bukan mahu kita tetapi keadaan melalui jalan yang begitu.

begitupun ada juga persahabatan yang kekal sehingga ke hari tua. saya menyaksikan sebuah kasih persahabatan yang sejati. dua wanita yang berkawan dari muda menuju ke usia emas. sudah takdir keduanya tiada jodoh. dan mereka tinggal bersama, saling berkasih sayang. sungguhlah kasih sayang Allah itu maha luas. mungkin tidak pada kasih sayang fitrah alam (perkahwinan) tetapi Allah tetap mengurniakan kasih sayang untuk saling berpaut antara mereka. nilai sebuah persahabatan yang berharga. tiada nilaian dapat menyamai hubungan kasih sayang itu.
semoga saya memperolehi nilai persahabatan yang demikian.. apapun biarlah kasih sayang kita kepada Allah yang mendahului di ruang hati kita. kerana itulah kasih sayang yang abadi. 

Friday 18 November 2011

cinta yang ikhlas


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu : “Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat.”

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka telah dipanggil oleh angkatan tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka berasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, ” Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku.”

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu.
 
Beberapa bulan kemudian.

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

“Catrina?”

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, ” Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu,” kata jejaka itu.
 
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, ” Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu.”

cerita adalah copy & paste. 

saya sangat tertarik dgn kisah ini. sebuah kisah cinta seorang lelaki yang sangat luhur dan ikhlas. berkawan hanya melalui surat (zaman sekarang mungkinnya melalui alam maya)  persahabatan tanpa mengenal wajah itu memutikkan sebuah perasaan dalam hati keduanya. rindu dan sayang. tentunya ada harapan di sebalik rasa sayang itu. harapan seorang lelaki dan perempuan yang sudah dewasa pada sebuah perasaan. pertemuan pertama yang dijanjikan memberikan sebuah kejutan pada si lelaki. namun dia jujur dengan perasaannya. biarpun pandangan pertamanya pada si gadis amat mengejutkan. si dara pujaan amat berbeza daripada bayangan dan andaiannya. namun itu bukan bermakna dia harus berpaling tadah. kata janji tetap dilunaskan. hasrat hati tetap mahu dilaksanakan. 
tentunya ramai di antara kita hari ini yang berkenalan di alam maya. tidak sedikit juga menanam perasaan yang sama serupa si gadis dan anak muda itu. tetapi penghujungnya....tidak ramai yang begitu. saat bersua muka, tunas dan putik perasaan dilontar sebaik bertemu....benarlah ikhlas itu sukar dipaksa. menyatakannya melalui bibir tidak kisah sekadar pemanis mulut. mahu mengotainya...jarang yang bersedia. mencari cinta yang luhur amatlah sukar. sungguhlah kata bijak pandai dari mata turun ke hati...dah mata tak berkenan macam mana cinta mahu mengalir ke hati.....hehehe

Thursday 17 November 2011


akhir2 ini mood mendengar lagu2 lama. cari2 lagu di you tube dan ulang2 dgr sambil mengembara ke blog demi blog.  bertemu dgn filem2 kuch2 hotta hai. oh dulunya sy sgt gila dgn filem ini. zaman muda memang asyik dgn cerita yang entah apa2 pun sebenarnya. inilah filem hindi yg paling sy gemari dulu dan menontonnya lebih daripada tiga kali tanpa jemu. filem yang sgt menyentuh perasaan sy. menangis2 sy sewaktu menonton cerita ini. sgt sedih dengan anjeli. kasihan dia...dan menonton babak dari filem KKHH pada kini, perasaan sy masih serupa bertahun nan lalu. masih larut dgn simpati terhadap anjeli. entah mengapa saya sgt bersimpati dgn anjeli. merasai sy pernah berada dalam dunia anjeli. hehehe...walaupun dlm perasaan sy itu, tiada tina. rahul? :D

cinta adalah persahabatan. begitulah intro perasaan yang bertunas dlm hati anjeli terhadap rahul. si gadis tertarik hati pada sahabat baiknya sendiri. tetapi si jejaka menyukai dara lain. aduhai sedihnya kisah ini...sehingga membawa rajuk yg berpanjangan. manisnya kisah ini apabila anjeli dan rahul bertemu jodoh juga akhirnya setelah bertahun lamanya berpisah. 

itu adalah kisah filem. yg diadun dengan baik dan dihidangkan penyudah yang manis demi memuaskan hati penonton. sedang hakikat cerita hidup kita belum ketahuan panghujungnya. perjalanan hidup kita adalah rahsiaNya. yang belum pasti di mana akhirnya. gembira atau sebaliknya? hidup tidak seindah angan. juga tidak semanis impian. kita merangka pelbagai kesempurnaan membina hari depan. sedangkan jalan yg dilalui sarat dengan liku2nya. kadang2 berasa penat dan mengalah dgn dugaan hidup. tewas untuk terus berjuang. sedangkan kemenangan dlm hidup ini adalah meneruskan perjuangan kehidupan. samaada pahit atau manis, tempuhilah dgn kekuatan dan asa yang kental. ALLAH sukakan hambaNya yang kuat, bersemangat dan tidak mudah mengalah dgn kegagalan. sekali gagal bukan bermakna akan terus gagal untuk kesekian kalinya. jalan hidup manusia tidak semuanya sama. ada org hanya dgn usaha yg sekali @ sekejap sahaja sudah bertemu dgn kejayaan @ kemenangan. tetapi ada orang hanya bertemu dgn kejayaan @ kemenangan setelah gagal berpuluh kali. teruskan berjuang sehingga ke akhirnya. bersama doa dan usaha yang tidak pernah putus. percayalah janji Allah itu benar. akan sampai waktu dan ketikanya sesuatu yg memang telah dijanjikan olehNya untuk kita. 

Ingatlah..Jika doamu dimakbulkan, tandanya Allah menyayangimu..Jika doamu lambat dimakbulkan tandanya Allah ingin mengujimu.. Jika doamu tidak dimakbulkan, tandanya Allah merancang yang terbaik untukmu

Friday 11 November 2011

facebook


era ini adalah era IT. IT bukan lagi sesuatu yang dipandang hebat (baca mewah)) sebagaimana 10 tahun lalu. rata2 manusia hari ini tahu mengenai dunia IT. pakej internet juga sudah jadi harga mampu kepada semua rakyat jelata. daftarlah dgn TM...hehe. makcik yang selalu bergosip pun sudah berada dalam dunia IT. para suri rumah menjadikan dunia siber untuk bertukar segala perkara tentang anak, pampers, gincu dan sebagainya. pendek kata, dunia di hujung jari dimonopoli hampir setiap isi rumah. kanak2  seusia empat tahun sudah mahir menekan2 papan keyboard tambahan lagi dgn pemberian percuma e-book dan laptop kepada pelajar sekolah rendah dan menengah secara percuma. (skema je ayat ni.) IT kini ada di mana2...dan facebook adalah satu kemestian.facebook menghubungkan banyak org di bumi ini. waima orang itu di luar negara sekalipun, FB mendekatkan. rakan2 yang sekian tahun lamanya terputus hubungan, bertemu semula di FB. pasangan yg bertemu jodoh melalui laman sesawang ini juga tidak kurang ramainya. 

saya mahu mengulas mengenai FB. muka buku yang menghubungkan manusia2 di bumi ini...(wahaha ayat)   melalui FB kita bertemu dgn ramai org. menjadi kawan hanya dgn bersembang di laman chat. tidak bersua secara berdepan tetapi blh menjadi sgt akrab. blh mengongsi segala permasalahan dan bercerita tentang sejuta rasa. aneh bukan? hanya dgn laman ini, kita blh menjadi akrab. kdg2 lbh akrab daripada teman2 yg seharian berdepan dgn kita...itulah namanya gerak hati..kepercayaan dan rasa kasih yang tersemai. tidak bersua tetapi ada rindu. turut menumpang duka andai si teman berduka.
saya bercakap mengenai diri saya. sy bertemu dgn ramai teman2 di FB yg berhati putih. hanya kenal di laman ini tetapi rasa kasih sgt dekat dan telus. mengambil berat seakan berada di samping. benarlah kasih sayang Allah maha meluas. di mana sahaja, kita blh berkasih sayang. ada teman utk meluahkan. ada teman yg sudi meminjamkan bahu untuk mengadu duka. dan sy tidak keseorangan di dalam kelompok yg sesekali berasa hilang arah. kita ada teman untuk saling berkongsi. teman yg blh menjadi kekuatan. buka hati dan minda...ujianNya adalah kasih sayang. keimanan yang dicdepani dlm apa jua permasalahan.. kecintaan yg ada ini..cukup memberikan kesempurnaan pada hidup yang bersalut dengan pelbagai warna.
buat2 teman FB & YM. terima kasih untuk sebuah perkongsian yang ikhlas dan luhur. anda semua sgt bermakna dlm taman hati saya..sy kasihkan anda semua...

Wednesday 9 November 2011

aidil adha

Hukum berkorban

Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah atau sunat yang dituntut.

Sebahagian ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa berkorban hukumnya wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat. Antara rujukan mereka adalah hadis yang bermaksud:

"Barangsiapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak meyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)


Selamat hari raya korban. Semoga terkorban segala sifat2 mazmumah dalam diri kita. Digantikan dengan ketelusan sifat2 mahmudah. Semoga tempias pengorbanan mulia ini terpercik dalam diri kita. Mengenang kehebatan Nabi Ibrahim yang luhur mengorbankan anaknya Nabi Ismail demi menyahut perintah Allah swt. Sanggup menyembelih anak tercinta. Demi kasih sayang kpd Allah yang melebihi segalanya.(kasih syg kita mcm mn?)

Hari raya korban atau aidil adha, kita meriah dengan daging2 korban. Sana sini orang berkorban. Murahnya hati hamba2Nya yang berkorban. Mengeluarkan sejumlah wang demi menunai ibadah yang disuruhnya. Semoga anda2 yang berkorban mendapat berkat daripada Allah. Semoga dengan ikhlasnya pengorbanan ini, memudahkan laluan hajat yang disimpan.

Untungnya musim korban ini, ramai yang dapat memakan daging. Diberi dengan percuma dalam kuantiti yang agak banyak. Mahu ada yang penuh peti ais di rumah dan boleh dimakan dalam tempoh yang agak lama. Daging ini kiranya agak mahal oleh mereka yang kurang berkemampuan. (sy pun tidak pernah beli daging. Hanya makan di majlis kenduri dan pada hari raya korban). Teringat zaman dulu2..di kampung saya dulu setiap rumah mesti dapat daging yang sangat banyak. Zaman tu tak ada peti ais, bukan boleh disimpan lama sangat walau diasamgaramkan. Jadinya selain daripada makan setiap hari, beri pada mereka yang ada peti ais. Oh teringat zaman dulu, susahnya hidup. Ketika itu memang tidak termakan. Banyaknya daging, macam boleh buat kenduri.

Kini pun masih banyak mendapat daging biarpun tidak sebanyak dulu. Tetap boleh dimakan untuk seminggu dua. Kita mewah dengan daging percuma ini tapi di luar sana masih ada yang tidak mendapat agihan ini. kadang2 terlepas pandang oleh yang wajib memberi. Mungkin tersorok tempat tinggalnya. Mungkin kesukaran mahunya untuk memperolehi agihan ini. harapnya pihak2 yang memberi lebih memantau akan hal ini. sebabnya sy ada melihat satu keluarga yg memang susah, tidak memperolehi agihan ini. tidak tahu apa masalahnya..mungkin si keluarga ini tersorok dan terpinggir atas sebab2 tertentu…tetapi kasihan melihat anak2 yang tidak berdosa. Yang menunggu dengan wajah simpati. Tentunya daging adalah makanan mewah pada mereka. (serupa sy dulu) Tentunya mereka mengharapkan pemberian ini. Mengangankan mahu menikmati daging yang boleh dibuat sate, dibakar atau apa sahaja menu yang tentunya lazat.
Pada hari raya yang lalu, menjamah sepasang mata saya empat beradik berwajah polos. Menunggu di tempat lembu dikorbankan. Dan pulangnya dengan tangan kosong. Kasihan sungguh kasihan…alangkah murni hati, andai setiap org yang mendapat daging itu memberi sehiris kepada anak2 berwajah polos itu. Tentunya boleh mereka nikmati daging korban.. hati amat tersentuh melihat kesusahan serupa itu. Betapa mengharap sekeping hati. Mengharap simpati pada mereka yang menonton.
Saya memahami dan sangat bersimpati sebab saya melihat saya di masa lalu dlm diri anak2 itu. Kemiskinan yang amat perit. Rasanya sy lagi miskin dan susah drpd 4 beradik itu. Melihat bajunya yang agak elok. Saya dalam usia itu belum berkesempatan merasai pakaian yang elok begitu. Pedihnya kemiskinan adalah penghinaan. Disisihkan dan dipinggirkan. Benarlah kata bidalan, hina besi kerana karat. Hina manusia sebab hidup melarat. Saya suka bercakap pasal kemiskinan lalu. Kata kawan, saya suka sangat mengimbas kenangan lalu. Sukar mahu gambarkan..keperitan masa lalu sangat2 menyakitkan. Tetapi itulah kemanisan yang membuatkan lebih mensyukuri nikmat yang dirasai kini.
Kata seorang kawan yang selalu sy kagumi patah2 katanya, kemiskinan adalah kenangan terindah. Hmm…di mana indahnya ya? Hahaha..sebab kemiskinan lalu bukan sekadar susahnya hidup tetapi kesakitan dipinggirkan. Tidak ramai menghulur simpati. Ramainya melontar pahit dan pedih… itulah adat hidup. pahit dan maung yg saya memamah bertahun nan lalu. dalam situasi sekarang, kala menggenggam sedikit senang berbanding masa lalu, sy berdoa agar Allah melembutkan hati saya. mengongsi pemberianNya ini dgn mereka yang amat memerlukan..insya Allah.
Tentunya Allah mahukan kita lebih berfikir. Lebih memahami erti kesyukuran. Dan janganlah memandang sebelah mata kesusahan orang lain. hidup ini adalah roda. tidak akan selamanya diri berada di zon yang selalu selesa. hidup ini adalah kemungkinan...roda kita boleh berhenti di mana sahaja...jadilah manusia yg rendah hati dan tawaduk. semoga rahmat Allah selalu ada bersama kita.



Friday 4 November 2011

NIAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH : (sahaja aku berpuasa sunat hari arafah kerana Allah taala)

FADHILAT PUASA SUNAT HARI ARAFAH:

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim

pada redup wajah itu



pada redup wajahnya
tersimpan sejuta warna
sekian waktu menghirup usia 
di bumiNya
melakar warna bahagia
meredah kepahitan tidak terucap

bukan dipinta takdir berwarna kelabu
bukan mahunya warna pelangi sekejapan sahaja
namun takdir menguji
sebuah keimanan sekeping hati
dalam meniti usia memohon simpati
si emak mengambus jenazah anaknya
sukar mahu menerima kepergian yang abadi itu
lalu dia memintal kenangan
menyulam memori 
yang kini menjadi tugu sejarah
dan air mata mengalir lesu
mengepam pilu tidak tertahan
sakitnya perpisahan yang abadi ini
patah sudah sayap 
yang memudahkan dia 'terbang' selama ini

namun di sebalik pedih dan hiba
dia mengerah kesabaran
memohon ketabahan 
agar tidak terpesong langkah 
hanyut dalam kesedihan 
jangan sekali larut dalam kehilangan
redhalah pada takdirNya

dia masih mampu mengorak senyum
sesekali ketawa manis
masih ada sinar dalam sebuah kehidupan
yang teruji dengan garisan hidup

Tuhan menguji
pada hamba yang disayangi
 lambang kasih sayangnya kepada hambaNya
di sebalik ujian
melurus laluan ke syurga
onak duri kiri dan kanan
sebagai halangan

buat si nenek tua itu
semoga sentiasa tabah
menyelusuri hari demi hari
semoga rahmatMu ya Allah
selalu ada...buatnya...


Tuesday 1 November 2011



Sesuci Hati Mashitah
Album : Emas Awanan
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com 

Tinggi pekerti darjat kemuliaan
Kekuatan iman tunggak jati diri
Tidak terhakis iman di dada
Walau nyawa menjadi taruhan
Tiada gerun tiada gentar
Kepada Firaun raja yang zalim
Mengaku dirinya sebagai Tuhan
Membunuh mereka yang beriman

Mashitah, Mashitah..
Dirimu wanita mulia

Mashitah, Mashitah
Dirimu pembela agama
Hukuman Firaun tidak mengubah
Rasa cintamu terhadap Islam
Menerima hukuman dengan redha
Menyerah diri pada Yang Kuasa

Mashitah, Mashitah
Dirimu wanita mulia

Mashitah, Mashitah
Dirimu Pembela agama
Lambang keagungan cinta Mashitah
Kepada Ilahi
Pusaranya harum mekar mewangi
Bersama para solihin
Kuasa Allah atasi segala
Anak kecil mampu bersuara
Dipujuk ibunya moga bersabar
Mashitah tiada gentar

Lagu : Qhalid SaffOne/ Fadzli Far East (Telaga Biru)
Lirik: Nur Hazma (Telaga Biru)