Friday 18 November 2011

cinta yang ikhlas


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu : “Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat.”

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka telah dipanggil oleh angkatan tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka berasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, ” Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku.”

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu.
 
Beberapa bulan kemudian.

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

“Catrina?”

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, ” Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu,” kata jejaka itu.
 
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, ” Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu.”

cerita adalah copy & paste. 

saya sangat tertarik dgn kisah ini. sebuah kisah cinta seorang lelaki yang sangat luhur dan ikhlas. berkawan hanya melalui surat (zaman sekarang mungkinnya melalui alam maya)  persahabatan tanpa mengenal wajah itu memutikkan sebuah perasaan dalam hati keduanya. rindu dan sayang. tentunya ada harapan di sebalik rasa sayang itu. harapan seorang lelaki dan perempuan yang sudah dewasa pada sebuah perasaan. pertemuan pertama yang dijanjikan memberikan sebuah kejutan pada si lelaki. namun dia jujur dengan perasaannya. biarpun pandangan pertamanya pada si gadis amat mengejutkan. si dara pujaan amat berbeza daripada bayangan dan andaiannya. namun itu bukan bermakna dia harus berpaling tadah. kata janji tetap dilunaskan. hasrat hati tetap mahu dilaksanakan. 
tentunya ramai di antara kita hari ini yang berkenalan di alam maya. tidak sedikit juga menanam perasaan yang sama serupa si gadis dan anak muda itu. tetapi penghujungnya....tidak ramai yang begitu. saat bersua muka, tunas dan putik perasaan dilontar sebaik bertemu....benarlah ikhlas itu sukar dipaksa. menyatakannya melalui bibir tidak kisah sekadar pemanis mulut. mahu mengotainya...jarang yang bersedia. mencari cinta yang luhur amatlah sukar. sungguhlah kata bijak pandai dari mata turun ke hati...dah mata tak berkenan macam mana cinta mahu mengalir ke hati.....hehehe

1 comment:

  1. Titanium Bike Frame - Trekbone - TITNIA-START
    Titanium head titanium tennis racket bike titanium apple watch band frame. Type: silicone dab rig with titanium nail Type: Long Frame. Type: Standard-length Bicycle titanium build for kodi Frame. No reviews. 0. $0.00 In stock. Brand: Trekbone. Specifications. titanium gr 2

    ReplyDelete