Wednesday 9 November 2011

aidil adha

Hukum berkorban

Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah atau sunat yang dituntut.

Sebahagian ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa berkorban hukumnya wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat. Antara rujukan mereka adalah hadis yang bermaksud:

"Barangsiapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak meyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)


Selamat hari raya korban. Semoga terkorban segala sifat2 mazmumah dalam diri kita. Digantikan dengan ketelusan sifat2 mahmudah. Semoga tempias pengorbanan mulia ini terpercik dalam diri kita. Mengenang kehebatan Nabi Ibrahim yang luhur mengorbankan anaknya Nabi Ismail demi menyahut perintah Allah swt. Sanggup menyembelih anak tercinta. Demi kasih sayang kpd Allah yang melebihi segalanya.(kasih syg kita mcm mn?)

Hari raya korban atau aidil adha, kita meriah dengan daging2 korban. Sana sini orang berkorban. Murahnya hati hamba2Nya yang berkorban. Mengeluarkan sejumlah wang demi menunai ibadah yang disuruhnya. Semoga anda2 yang berkorban mendapat berkat daripada Allah. Semoga dengan ikhlasnya pengorbanan ini, memudahkan laluan hajat yang disimpan.

Untungnya musim korban ini, ramai yang dapat memakan daging. Diberi dengan percuma dalam kuantiti yang agak banyak. Mahu ada yang penuh peti ais di rumah dan boleh dimakan dalam tempoh yang agak lama. Daging ini kiranya agak mahal oleh mereka yang kurang berkemampuan. (sy pun tidak pernah beli daging. Hanya makan di majlis kenduri dan pada hari raya korban). Teringat zaman dulu2..di kampung saya dulu setiap rumah mesti dapat daging yang sangat banyak. Zaman tu tak ada peti ais, bukan boleh disimpan lama sangat walau diasamgaramkan. Jadinya selain daripada makan setiap hari, beri pada mereka yang ada peti ais. Oh teringat zaman dulu, susahnya hidup. Ketika itu memang tidak termakan. Banyaknya daging, macam boleh buat kenduri.

Kini pun masih banyak mendapat daging biarpun tidak sebanyak dulu. Tetap boleh dimakan untuk seminggu dua. Kita mewah dengan daging percuma ini tapi di luar sana masih ada yang tidak mendapat agihan ini. kadang2 terlepas pandang oleh yang wajib memberi. Mungkin tersorok tempat tinggalnya. Mungkin kesukaran mahunya untuk memperolehi agihan ini. harapnya pihak2 yang memberi lebih memantau akan hal ini. sebabnya sy ada melihat satu keluarga yg memang susah, tidak memperolehi agihan ini. tidak tahu apa masalahnya..mungkin si keluarga ini tersorok dan terpinggir atas sebab2 tertentu…tetapi kasihan melihat anak2 yang tidak berdosa. Yang menunggu dengan wajah simpati. Tentunya daging adalah makanan mewah pada mereka. (serupa sy dulu) Tentunya mereka mengharapkan pemberian ini. Mengangankan mahu menikmati daging yang boleh dibuat sate, dibakar atau apa sahaja menu yang tentunya lazat.
Pada hari raya yang lalu, menjamah sepasang mata saya empat beradik berwajah polos. Menunggu di tempat lembu dikorbankan. Dan pulangnya dengan tangan kosong. Kasihan sungguh kasihan…alangkah murni hati, andai setiap org yang mendapat daging itu memberi sehiris kepada anak2 berwajah polos itu. Tentunya boleh mereka nikmati daging korban.. hati amat tersentuh melihat kesusahan serupa itu. Betapa mengharap sekeping hati. Mengharap simpati pada mereka yang menonton.
Saya memahami dan sangat bersimpati sebab saya melihat saya di masa lalu dlm diri anak2 itu. Kemiskinan yang amat perit. Rasanya sy lagi miskin dan susah drpd 4 beradik itu. Melihat bajunya yang agak elok. Saya dalam usia itu belum berkesempatan merasai pakaian yang elok begitu. Pedihnya kemiskinan adalah penghinaan. Disisihkan dan dipinggirkan. Benarlah kata bidalan, hina besi kerana karat. Hina manusia sebab hidup melarat. Saya suka bercakap pasal kemiskinan lalu. Kata kawan, saya suka sangat mengimbas kenangan lalu. Sukar mahu gambarkan..keperitan masa lalu sangat2 menyakitkan. Tetapi itulah kemanisan yang membuatkan lebih mensyukuri nikmat yang dirasai kini.
Kata seorang kawan yang selalu sy kagumi patah2 katanya, kemiskinan adalah kenangan terindah. Hmm…di mana indahnya ya? Hahaha..sebab kemiskinan lalu bukan sekadar susahnya hidup tetapi kesakitan dipinggirkan. Tidak ramai menghulur simpati. Ramainya melontar pahit dan pedih… itulah adat hidup. pahit dan maung yg saya memamah bertahun nan lalu. dalam situasi sekarang, kala menggenggam sedikit senang berbanding masa lalu, sy berdoa agar Allah melembutkan hati saya. mengongsi pemberianNya ini dgn mereka yang amat memerlukan..insya Allah.
Tentunya Allah mahukan kita lebih berfikir. Lebih memahami erti kesyukuran. Dan janganlah memandang sebelah mata kesusahan orang lain. hidup ini adalah roda. tidak akan selamanya diri berada di zon yang selalu selesa. hidup ini adalah kemungkinan...roda kita boleh berhenti di mana sahaja...jadilah manusia yg rendah hati dan tawaduk. semoga rahmat Allah selalu ada bersama kita.



No comments:

Post a Comment