Sunday 29 January 2012

definisi bahagia


benarkah semua orang berhak berasa bahagia dan memperolehi bahagia biarpun kebahagiaan itu terpaksa dirampas daripada orang lain? walaupun kebahagiaan itu dibina atas air mata orang lain?

kata-kata itu entah dari mana saya perolehinya, namun saya amat tertarik mahu mengupas di sebalik kata2 itu. bahagia. siapa yang tidak mahu bahagia, semua orang mendambakan bahagia dalam kehidupan masing2. berlawanan dengan derita adalah bahagia. masakan ada org memilih derita dalam kehidupan mereka. 
tetapi di mana mahu dicari bahagia itu? perlukah bahagia dicari atau bahagia akan datang sendiri?
sungguhkah perlu mengenepikan bahagia orang lain agar kita mendapat bahagia itu? menggantikan ruang yang diisi oleh orang lain dgn diri kita? mungkin agak keliru persoalan ini, tetapi seringkali terjadi. tertanya juga di benak saya, apa perasaan org yang mengambil bahagia itu secara paksa? kuat benar hatinya ya? andai saya, rasanya belum kuat untuk membina bahagia atas derita orang lain....sebabak yang saya lihat, jarang sekali mereka yang membina bahagia atas derita orang lain kekal berpanjangan..amat takut sekali..tetapi kata pihak yang mengambil, dia mahukan kebahagiaan..dan dia melakukan apa sahaja untuk bahagia biarpun terpaksa mengambilnya dengan cara yang terpaksa dan menyakitkan...biarpun bahagia yang dirampas itu sekejap cuma dirasainya.

bahagia itu ada di mana2..kita yang perlu mencarinya...benarkah kata2 ini? mungkin ada betulnya tetapi kita perlu berusaha dengan lebih keras. lebih bijak mengendalikan hati sendiri. lebih kuat dan bertabah dalam mencari bahagia. mencari bahagia umpama mengagau emas dalam timbunan sampah sarap..amat sukar tetapi itulah kemanisan yang paling indah. selalunya bahagia yang diperolehi setelah melalui derita lebih manis dan berharga. kita akan lebih menghargai bahagia yang sukar dimiliki...

bahagia itu barangkali berbeza definisinya dalam setiap manusia. mungkin sesetengah orang lebih bahagia dengan cara mengalah, daripada saban waktu menyimpan sakit hati dan gagal berlapang dada..mungkin pada sesetengah orang, berjuang dulu...walaupun akhirnya gagal, itulah kemanisan dan kebahagiaan..

pandangan mata juga bukan ukuran bahagia. mungkin dari mata kasar, kita melihat orang itu bahagia dengan apa yang dia ada..segalanya yang kita langsung tiada...tetapi benarkah dia bahagia? barangkali kita lebih bahagia daripadanya...hmmm sukar mahu mengupasnya. bahagia itu letaknya di hati. di mana kita yang lebih tahu dan faham sejauh mana kita bahagia dengan kehidupan kita...kita perlu mencari bahagia dengan cara yang paling berhemah. dengan kasih sayang yang tulus. bukan dengan maksud tersirat di sebalik kata..sebarang taktik yang dijual jarang sekali memulangkan hasil yang lumayan..
andai kita mahu bahagia, kita perlu lebih bertolak ansur dan berlapang dada dalam banyak perkara. kerana bahagia itu bukan untuk dijual beli. bahagia itu adalah perasaan..yang mahu kita miliki sehingga ke nafas terakhir. redha pada takdir diri, itulah bahagia yang kita miliki...sematkan iman dalam diri agar kita selalu bahagia dengan kesederhanaan yang sedang kita genggam...walaupun mungkin pada mata orang kita belum bahagia...hak masing2 yang kita ada tidak sama dengan orang lain...maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada....lafazkan syukur dalam setiap yang kita perloehi walau hanya sekepal cuma..biarpun menjeling dalam bakul orang lain, bercupak2 yang dia perolehi. rezeki kita hanya setakat itu..bersyukurlah..boleh jadi di belakang kita ada orang yang langsung tidak punya apa2 walau hanya secubit...

letakkan bahagia di dalam hati..rasai kesempurnaan diri seadanya. bersyukurlah...walau sesekali berasa luka dan duka..kerana kepedihan itu mengingatkan kita lebih kepadaNya. 

B A H A G I A = bersyukur seadanya

Thursday 26 January 2012

ke mana mahu dibawa hati ini?


hati kita milik kita, berada dalam diri kita tetapi mengapa kadang2 kita bagaikan gagal memegang hati sendiri? gagal memujuk hati sendiri. lagikan diri sendiri tidak mampu memujuk, mampukah orang lain mengubatinya?

catatan ini saya perolehi cetusannya setelah menerima panggilan daripada seorang adik (teman) yang selama ini berkisahkan mengenai rasa kasihnya kepada si temannya yang baik padanya. si teman yang selalu ada sebagai kawan SMS, jarang2 sekali keluar berdua..berteman baik lelaki dan perempuan, tentulah akan ada salah seorangnya yang menyimpan rasa. mengharap persahabatan itu bukan hanya atas nama kawan, sahabat mahupun teman. saya bercakap melalui pengalaman sendiri..hihi..masa lalu yang sudah jauh meninggalkan. saya pernah menyimpan suka dan kasih pada dia yang terlalu baik pada saya. rasa suka dan kasih yang akhirnya berhamparan....cebisan2 perasaan itu entah ke mana kini..namapun kenangan..sudah berlalu dan lumat dimakan waktu...
adik (teman) tadi menangis2 mengadu kasihnya ditolak. si teman itu (lelaki) hanya mahu berkawan. hanya mahu bersahabat...sedang mahu si adik ini lebih daripada itu. lalu sebuah persahabatan tiada lagi maknanya. tiada lagi manis dan indahnya. hanya air mata yang menerangkan semuanya. hati yang pecah bagaikan kaca berderai.sakitnya tidak mampu dizahir dengan kata2...menangislah andai itu mampu meredakan luka yang tidak terlihat itu. menangis dalam waktu2nya menjadi terapi diri. menangislah, luahkan kecewa itu. lebih bermakna apabila meluahnya di atas sejadah. mengadu kepada DIA yang selalu ada untuk setiap hamba yang memerlukanNya.


mencintai dan dicintai adalah dua situasi berlainan. amat bertuah sekiranya kita mencintai dan cinta berbalas. tetapi jika hanya kita yang mencintai, menyulam angan sendirian tetapi akhirnya tidak bersambut. bertepuk sebelah tangan tiada bunyi atau sumbang berlawan dengan angin. jadilah irama yang layu, yang tidak sudi singgah mana2 telinga...luka cinta sangatlah pedih. andai ditadah air mata seseorang yang hujan dek cinta, tentunya seorang dua punyainya bergelen-gelen air mata cinta...manusia dgn cinta bagaikan hubungkait yang erat. cinta adalah fitrah. yang terbit dari dalam naluri manusia. mahu disayangi dan menyayangi. mengikat sekemasnya dgn ijab dan kabul. tetapi bukan semudah angan...berkawan dgn org lain, bercinta dgn org yg lain dan berkahwin bukan dgn dia yang menjadi kawan mahupun kekasih. tidak juga dgn dia yg menjadi tunang...inilah takdir hidup yang tidak terjangka. ada juga sampai ke akhirnya tidak bertemu dgn cinta yang halal..wahai hati bertabahlah.


hati yang luka mmg sukar diubati. kecewa akibat cinta, tidak terkata sakitnya. tetapi berterusan meratap dan mengeluh hanya melapah hati sendiri. kita yang sakit, kita yang luka dan kecewa. hati kita, diri kita...biarlah kita yang bawanya...biarlah kita yang kendalikannya. bawanya ke daerah yang boleh hilangkan luka dan sedih itu. di mana daerah itu? larilah ke hujung dunia sekalipun, luka akan tetap ada jika kita tidak kuat, tidak redha pada takdir...
penyembuh luka hanyalah Allah. mengadulah kepada DIA. bersolatlah...hanya itu jalan keluarnya. lupakanlah dia yang tak menghargai rasa kasih yang ikhlas itu. kelak akan digantikan dgn seseorang yang lebih baik. tentu ada rahmatnya retaknya hati kita hari ini. mahu kita jauh dari dosa...dari rindu yang tidak halal, daripada angan2 yang melangit..gelora perasaan yang tidak bertunjang. angan2 dan impian cinta kadang2 membuatkan hati muda bertimpa2 perasaan..bimbang hilang kawalan diri dalam memelihara cinta yang ada...percayalah bahawa luka dan duka yang bernama ujian ini adalah kasih sayang Allah kepada kita.


buat adik yang terluka, usah larut dlm kecewa. usah tenggelam dalam kehibaan. lupakanlah dia yang bukan untukmu. andai ada jodoh akan bersua nanti dalam redhaNya. berdoalah, mohon kepada Allah diberi seseorang yang terbaik buatmu...sesungguhnya janjiNya adalah yang paling tepat. ganjaran pada mereka yang berselindung di dalam redhaNya amatlah besar...manis dan indah

Friday 20 January 2012

majlis perkahwinan. di mana nilainya pada kita?



Di Malaysia, bancian terkini menunjukkan lelaki lebih ramai daripada wanita. Kasihan lelaki, ramai yang nak beristeri tapi 'persiapan agama' belum melayakkan. Didik lelaki, terdidiklah para isteri, para anak dara, para wanita semuanya. Siapa nak didik lelaki ni?

Kata2 penuh makna ini saya ambil daripada FB ustazah Fatimah syarha. Seorang ustazah muda yang amat saya kagumi tahap agamanya. Dia muda tetapi amat berpandangan jauh dalam perjalanan kehidupan yang sememangnya penuh pancaroba. Membaca karyanya bertajuk Pemilik Cintaku setelah ALLAH dan Rasul, membuatkan seorang saya berasa malu pada diri sendiri. Betapa lemahnya saya sebagai manusia yang kian banyak usianya. Saya yang masih mahu bersuka-suka ria sedangkan kematian sedang menjejak setiap langkah manusia. 

Berbalik pada kata2 di atas, menunjukkan betapa ramai lelaki yang belum terdidik. Lalu bagaimana mereka mahu menjadi pendidik @ pembimbing? Sedangkan para perempuan@ isteri mendambakan bimbingan dan didikan daripada lelaki @ suami. Barangkali atas sebab inilah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang gila2 jarang berpanjangan. Sering sahaja berita penceraian diberitakan di mana2. itu tidak termasuk berita mengenai artis yang memang terpapar di muka depan majalah dan akhbar dan laman sosial internet. Di manakah punca utama pernikahan singkat seperti ini? Semua yang berkahwin tentunya mengharapkan perkahwinan berkekalan sehingga ke syurga walaupun tak bersolat tetapi juga berharap demikian. Lalu di mana dahan berpautnya? 

Saya bukanlah orang yang arif dalam memberi pandangan. Namun mahu juga memberi buah fikiran melalui sedikit kadar pengamatan dan pemerhatian. 

Maksud hadith: Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)

Berapa ramai yang mengambil kita kiteria2 itu dalam perkahwinan mereka? Berapa ramai yang mengambil kira soal ibadah dalam (majlis) perkahwinan? Berkahwin kerana ALLAH dan agamanya?

Selalunya majlis perkahwinan menjadi kenduri yang paling bermakna dan bererti kerana hari itu adalah hari yang paling bahagia. Hari yang paling bermakna. Sebuah cinta yang kini diangkat martabatnya dengan ikatan sah di sisi agama. Berasa ingin dikhabarkan kpd dunia betapa gembiranya hari ini. Berkahwin juga adalah satu kemenangan kerana masih ramai yang belum berjodoh, yang masih mencari dan mengharap bertamunya jodoh mereka. Maka bersyukurlah anda2 yang sudah berkahwin.

Ramai yang sanggup berhabisan demi majlis perkahwinan. Mahu kelihatan gah dan sangat besaran. Kononnya kahwin hanya sekali walhal kemungkinan untuk berkali2 tiada yang mustahil sebab kita tidak memegang tempoh usia jodoh. Boleh jadi berpisah oleh sebab bercerai mahupun kematian. Ada kebarangkalian untuk bernikah lagi dan lagi. Kadang2 mereka yang singkat fikirannya, berhabisan RM yang ada sehingga licin demi majlis perkahwinan. Biarlah selepas kahwin makan maggi sahaja pun..asal kelihatan gahnya majlis kita…ini adalah pandangan yang tidak bijak dan berunsur riak. Amatlah merugikan.

Yang berhutang juga tidak kurang sedikitnya. Alangkah ruginya meminjam kpd perkara2 yg tidak penting serupa ini. Eloknya andai pinjaman yang ribu riban itu dimanfaatkan kpd perkara yg lebih berfaedah seperti pinjaman membeli rumah mahupun kereta (keperluan / kemudahan) berbaloi dengan bayaran baliknya. Kiraan zaman sekarang memang mahal dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Pelamin + mekap + persalinan + jurufoto, di sini sahaja sudah ribu2.. kalau yang memang betul2 mampu dan ada RM yag berlebihan, tak ada salahnya. Tapi pada yang tida ada @ tidak mampu, tidak perlulah sampai buat loan. Hilang berkat apabila kita bersusah2 pada perkara yang senang dan mudah. Islam itu tidak memberatkan mahupun menyusahkan. Jadi berbelanjalah secara sederhana. Cukuplah lebihkan pada makanan (jika mampu) sebab memberi makan adalah sunat dan amat dituntut agama sebagai cabang menghebahkan pernikahan. 

Saya amat tabik pada sebilangan pengantin yang masih mementingkan kesederhanaan dalam majlis perkahwinan. Sekadar memenuhi tuntutan hebahan. Bergambar seadanya sebagai kenangan paling membahagiakan. Sebilangan ini kian jarang ditemui dalam kelompok yang ramai…mereka yang tahu dan faham sebenar2 makna pernikahan berlandaskan hukum dan mempraktikkannya. Yang mengharap keredaan dan keberkatan daripadanya. Kalau saya, tak perlulah barangan hantaran..pada saya amat menyemakkan..hihihi…jgn ikut cara saya yang sempoi ini…pada sy perkara2 yang tak wajib tu, tak perlulah diberatkan…huhu. Cukup ijab dan kabulnya sahaja..

Yang harus ditekankah adalah persediaan untuk menempuh alam perkahwinan. Kehidupan berdua yang akan menjadi tiga, empat dan kian bertambah seiring dengan masa yang berlalu. Besar dan meriah @ mewah perkahwinan itu bukan jaminan kebahagiaan akan berpanjangan. Tetapi pada iman dan kesediaan memikul tanggungjawab yang berat. Mahunya pada bahu seorang suami. Dia yang akan menanggung dosa2 isteri dan anak2nya. Tersilap langkah, pintu neraka menanti anda wahai para suami dan ayah…pernikahan bukan sekadar menghalalkan hubungan lelaki dan wanita tetapi merangkumi banyak perkara. Yang bukan mudah untuk dikendalikan. Yang bukan senang untuk dikemudi. Emosi dan perasaan @ egois dua manusia yang selalu berlawanan. Yang hanya boleh dikawal oleh iman di dada. Lalu menjadi suami @ bapa dan isteri @ ibu adalah pelajar setiap hari. Anda harus belajar dan belajar demi melengkapi sebuah keluarga yang harmoni. 

Berbaliklah anda semua (saya juga) kepada tujuan utama pernikahan itu. Untuk memiliki dunia adalah dengan ilmu. Untuk memiliki akhirat adalah juga dengan ilmu. Pokoknya ilmu adalah kepentingan yang amat berharga. Lebih lagi ilmu agama yang boleh memandu kita pada sebuah kehidupan yang lebih baik. Jadilah suami dan isteri yang hebat pada rumah tangga masing2…

Kepada yang belum berkahwin dan merancang perkahwinan, kembalilah pada tujuan utama pernikahan…tepuk dada tanya iman…semoga jawapan yang diperolehi adalah berlandaskan hukum agama. Elakkan pembaziran dalam majlis perkahwinan.

Sunday 15 January 2012

kongsi ilmu


Al kuliyyah – menolak fitrah

3 golongan yg ditolak syahadahnya

1)      Lelaki yg menunggang dan ditunggang sesama lelaki (gay)
2)     Perempuan yg menunggang dan ditunggang sesama perempuan (lesbian)
3)     Imam yang zalim

Ustaz zahazan penceramah jemputan al kuliyyah hari ini. Terkedu mendengar isi ceramahnya. Betapa rugi dan merugikan 3 golongan di atas yang dikatakan. Golongan yang menolak fitrah. Yang tidak bertanggungjawab ke atas diri sebagaimana yang dituntutNya. Yang memesongkan fitrah yang sepatutnya digunakan pada jalan yang betul.
Ustaz berpesan, pada anak-anak yang terlalu rapat sehingga menimbulkan curiga, emak ayah harus memantau dan memeriksa sebaik-baiknya. Zaman sekarang begitu berleluasa isu2 panas serupa ini. Sebagaimana seorang lelaki melayu yang berkahwin dengan pemuda inggeris di luar negara baru2 ini. Sebegitu jauh si mamat ini terpesong. Di mana silapnya? Dilahirkan sebagai anak islam. Dididik dan dibesarkan dengan nilai2 agama islam. Tetapi dewasanya dicemari dengan perkara laknat. Semoga si lelaki ini tersedar dan kembali kepada agama. Kembali ke pangkal jalan sebelum maut menjemput. 

Pernikahan juga adalah satu fitrah. Yang telah ditetapkan dalam kehidupan manusia. Maka berkahwinlah apabila sampai waktu dan masanya. Jangan sesekali menolak fitrah yang pastinya berpahala. Jangan ditakuti pada rezeki untuk berkahwin kerana rezeki milik Allah. Pada setiap yang berkahwin, Allah akan datangkan rezeki melalui usaha dan tawakduk kita kepadaNya. Kalau sudah terang malas bekerja, amat2lah tidak bijak jika berkeras mahu kahwin juga dgn orang lelaki sebegini. Utamanya adalah keimanan kerana dalam iman ada semuanya. Orang beriman akan rajin bekerja sebab bekerja adalah ibadah. Yang Nampak macam beriman tetapi tidak bekerja, imannya masih belum melengkapi.
Berkahwinlah kerana agama seseorang itu. Bukan kerana pandangan luaran yang menipu hati. Pandangan mata selalu menipu. Pandangan hati dan akal, itulah yang selalunya tepat. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Kesempurnaan itu apabila kita dan pasangan kita saling menerima diri masing2 seadanya. Biarlah hidup dipandu iman kerana itulah sebaik2 kehidupan.
Hiduplah di landasan yang sebetul2nya. Sebagaimana yang telah agama kita gariskan..

(tulisan ini adalah hasil saya. Olahan saya sendiri. Maaf jika ada ayat2 yang sempoi dan bukan ayat2 buku..saya menulis gaya bahasa saya sendiri. Atas kesalahan bahasa, saya meminta maaf.)

Saturday 7 January 2012

destinasi cinta


Sudah lama tidak menonton filem hindi yang selalunya ada dimainkan di tv2 dan tv3 setiap sabtu. Semakin banyak usia, saya perasan kegilaan saya pada TV kian mengendur. Terutama kepada filem / drama selain melayu. Oh, saya adalah peminat drama melayu. Filem tu kalau ditayangkan di tv saya tengoklah..belum pernah masuk tengok di pawagam. Sebab Terengganu tak ada pawagam….
Hari ni baring2 depan tv, tertarik dgn filem hindi di tv3…tajuknya saya lupa dan sy belum pernah menonton cerita ini. Saya tertarik mahu menonton sebab ada SRK hero hindi yg sangat2 saya minat dululah….ada rani mukherjee yg sangat saya suka tengok dia sebagai tina dalam KKHH. Ada juga abshiek bachan..yang suka jugalah tengok dia…haha….ada preity zinta yang saya kurang minat…
Tapi boleh saya terlelap sekejap….hahaha…rasanya jalan cerita sudah menarik tapi saya memang selalu memanjakan mata saya…ikut sangat mahunya lena…hahaha. Sy terlelap kira2 20 minit kut…kemudian sambung tengok cerita itu…
Kisahnya sangat menarik. Kisah suami isteri. Rani dan abshiek. Preity zinta dan SRK. Keduanya2 adalah pasangan suami isteri. Ceritanya mengenai SRK dan rani yang saling jatuh hati walupun masing2 sudah kahwin. Tidak pasti bagaimana mereka jatuh hati sebab tak menumpu sangat pada awal cerita. Sambil menonton tv saya juga membaca novel…hahah tabiat saya sambil tengok tv pegang buku / novel / majalah. Sambil membaca, sambil menonton..bijak kan saya, dua kije dlm satu masa…hahaha…2 in 1. Kadang2 jadi 3 in 1 sebab adakalanya saya mengait. Membaca, menonton dan mengait…kdg2 tambah satu lagi dgn makan..ahakss…..superwoman @ buruk peel? Hahaha. Di sisi saya, di sisi laptop memang bersepah2 dgn buku2 / majalah…hahaha tabiat buruk yg sukar dihakis. 
Bersambung pada cerita hindi tadi, dek bermain cinta antara suami orang dan isteri orang, kecurangan terbongkar. Maka berantakan rumah tangga kedua2nya. Akibat cinta terlarang, kesannya amat menyakitkan. Lalu kedua2nya berpisah. Masing2 bercerai akibat kecurangan. Di akhir cerita, rani dan SRK bersatu juga. Setelah 3 tahun terpisah tanpa masing2 tahu yang pasangan mereka bercerai..bertemu semula dan menyambung cinta yang pernah ada dalam hati. berbaloilah kecurangan mereka ya.....hahaha...cerita ini mcm berpihak pada pasangan ini. yalah cerita hindi...
Yang mahu saya kupaskan, mengenai cinta terlarang ini. Bukan sahaja di dalam cerita yang dikarang jalan ceritanya. Tetapi di alam nyata ini, bukan sedikit yang tergoda dengan cinta terlarang serupa ini. Tambah2 dengan adanya teknologi canggih. Bercinta di alam maya melalui intenet mahupun telefon bimbit di mana perhubungan sangat pantas terjalin. Percayalah yang rasa sayang dan kasih tidak sukar untuk wujud dlm hati, jika setiap hari saling berhubung. Walaupun tanpa suara dan melihat wajah. Berapa ramai yang telah tersungkur di kaki cinta alam maya?
Aneh ya, suami orang boleh jatuh hati pada isteri orang? Sah2 haramnya..tetapi yang terlarang itu godaan. yang berdosa itu sangat indah, menarik dan tertarik. 
Definisi cinta itu sukar mahu dikupas. Beribu kupasan dirumus mengenai cinta, namun sukar bertemu definisinya. Cinta itu mungkin mudah pada sebilangan orang. juga menjadi teramat mahal pada sesetengah orang. sukarnya mahu memperolehi cinta yang sah. Cinta yang dibeli dengan ijab dan kabul. Cinta yang paling mahal dan diangkat martabatnya. Cinta yang halal di sisi agama islam.
Ada orang sangat mudah memperolehi cinta. Bertemu, berkasih dan berkahwin tanpa banyak halangan. Ada orang bertahun lamanya mengharap dan menunggu kehadiran cinta halal tetapi bagaikan tidak tergapai oleh tangan. Itulah pro dan kontra sebuah cinta dalam kehidupan.
Sayangnya mereka yang memiliki cinta halal, tidak memeliharanya dengan baik. Barangkali sebab mudah diperolehi maka mudah juga mencagarkannya atau menggadai pada sesuatu yang belum pasti. Serupa cinta rani dan SRK dalam filem ini. Di mana silapnya apabila cinta yang halal ini gagal dikekalkan, runtuh akibat cinta terlarang. Di alam realiti, kisah serupa ini mengejutkan kita, tetapi sering sahaja berlaku di mana2. Bagaikan alah bisa, tegal biasa…
Sewaktu SRK (dev) mengucapkan pada rani (maya).  “I love u, maya.”
Hati saya berdetak. Membayangkan situasi di alam realiti. Seorang suami melafaz demikian pada kekasihnya yang sudah punyai suami. Terdetik di hati, jika itulah cinta hatinya. Siapa isteri yang melahirkan anak2nya? Di mana nilai isteri di hati? Sama nilai si kekasih?  Hohoho…seorang saya yang belum temui cinta sah berasa sangat tersentuh hati. Barangkali saya perempuan yang rapuh hatinya atau memang saya cengeng orangnya? Kebarangkalian yg kedua adalah lebih tepat!
Terpulang pada diri masing2 memaknakan definisi cinta itu. Pada yang sudah memiliki anugerah terindah itu, bersyukur dan peliharalah cinta itu sebaiknya berlandas iman dan takwa. Agar cinta halal itu bersama sehingga ke laman syurga. Memelihara cinta halal sebaik2nya, memudahkan laluan ke syurga.
Pada mereka yang belum memperolehi cinta halal, berasa amat mahal sebuah cinta itu. Sudah mencuba dengan pelbagai cara mahu memperolehinya tetapi amat sukar sekali. Andai cinta halal boleh dibeli, rasanya ramai yang sanggup berhabis-habisan membelinya. Tetapi tidak semua orang berpeluang memiliki cinta halal. Sebabnya? Aturan takdir tiada mampu menjangkanya. Kadang2 dia single, kita single…tetapi cinta halal itu tidak berpihak pada kita dan dia…hohoho….sadis @ sedih? 
Cinta itu bagaikan sebuah kristal. Cantik dan indah di dalam almari kaca sebagai hiasan. Kala pecah berderai, tiada lagi indah dan cantiknya. Peliharalah sebelum kristal mahupun cinta sah itu pecah berderai. Sebab apabila pecah, ia sukar bercantum serupa sediakala

Friday 6 January 2012

URUSAN TERAKHIR


Sebuah perjanjanjian terpateri

Menjadi syarat  sebuah kehidupan

Sebuah janji yang pasti

Sama sekali tidak dimungkiri

Biarpun ke hujung dunia bersembunyi

Cuba dielak dengan sejuta helah dan cara

Kematian tetap mendepani



Saat gerun lagi menyakitkan

Pasti akan tiba

Pada setiap manusia

Tanpa mengenal sesiapa sekalipun

Hari terakhir akan dilalui

Penuh sakit, debar dan menakutkan

Telah tertulis saatnya paling menyakitkan

Dalam kehidupan manusia

Tiada tergambar tiada terkata

Kesakitan maha hebat

Yang tidak mampu dizahirkan

Lantaran jasad telah kaku tanpa nyawa



Tidak pada yang tua, mahupun yang sedang terlantar kesakitan

Kematian datang tanpa amaran

Tiada lambat mahupun cepat

Alangkah ruginya pergi dalam kekosongan

Tanpa amal dan ibadah

Sebagai bekalan perjalanan abadi

Pergi yang tidak akan kembali

Terputus segala hubungan sesama manusia

Kaku di dalam tanah

Menjadi makanan ulat

Akan lerailah isi-isi badan dan tulang temulang



Sebuah janji yang pasti

Beringatlah sebelum sesal

Kerana kematian tiada penangguhan

Tiada galang ganti

Tarikh luput setiap manusia

Akan bertamu



Sesungguhnya manusia dalam kerugian

Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh kepadaNYA.



Sebelum tiba tarikh luput

Isikan hari-hari dengan iman

Sujud pada Yang Esa.





Nur kasih

6 desember 2012


Tercerna oleh tajuk al kuliyyah petang tadi urusan terakhir



Monday 2 January 2012


Hari ke3 di tahun baru 2011. Terima kasih Allah kerana masih diberi peluang menghirup udara hari ini. Berlalu sudah segala kenangan pahit, manis, masam, kelat dan payau dirasai tahun 2011. Yang baik adalah memori indah dan yang buruk itu semoga menjadi sempadan diri yang lebih mematangkan diri dalam hari2 mendatang.
Selalunya tahun baru dikait dengan azam baru. Hmm…apa ya azam baru anda dan saya? Hahaha..bercakap mengenai azam, rasanya saya tiada azam baru. Cumanya mahu menjadi yang lebih baik dan terbaik, tentunya harapan semua orang. Bertambah angka dalam usia kita bermakna kurangnya umur kita di sisi ALLAH. Kurangnya usia bermakna jambatan menuju kematian semakin menghampiri. Ya ALLAH, jadikan hambaMU ini lebih baik. Seorang yang sering muhasabah diri, berusaha meningkat iman dalam diri. Tinggalkan segala sifat mazmumah. Semoga peribadi ini telus dengan sifat2 mahmudah. Semoga impian nan satu yang bertahun dikendong akan tertunai pada tahun ini..amin. sesungguhNYA DIA maha mengetahui terbaik buat hambaNYA.
Usia semakin banyak, bermakna diri semakin tua. Biarlah tua yang mematangkan diri. Menjadi lebih rajin dan tekun dalam sesuatu yang dilakukan. Lebih memberi komitmen sebaiknya dalam urusan2 yang harus diambil serius dalam mendepani masa yang dilalui. Lebih konsisten dalam beribadah. (inilah yang paling payah dan sukar).
Semalam yang berlalu adalah detik yang tidak akan berulang lagi. Semoga hari ini yang masih dihirup memberi manfaat yang baik. Agar esok dilalui, membawa seribu erti buat kita yang menjadi hambaNYA di muka bumi ini.

Selamat tahun baru 2012