Friday 24 February 2012

MENCARI DAMAI DI TENGAH KEKALUTAN



Saya > kenapa layan?  Kekwa kan dah ada suami. Mestilah Jati marah bila isterinya berSMS dengan lelaki lain. Tak baik tau gitu.
Kekwa> Hmm….kakak tak faham. Jati abaikan saya. Selalu tak ada kat rumah. Pergi mengail sampai jauh malam...awal-awal pagi baru balik.
Saya> Tapi mana boleh layan lelaki lain. Itu dia pecahkan telefon, kalau dia pecahkan muka kau macam mana? Jangan buat gitu lagi, kang nanti ada yang mati kena bunuh. Kau tak takut?
Kekwa> Kakak tak faham..payah nak kata. Perasaan saya ni, macam mana? Saya bosan, kak. Mujur ada Daun, teman SMS saya tu. Dialah yang hiburkan hati saya. Dia baik, kak. Sangat-sangat baik. Kalau kakak nak tahu, Jati pun ada buah hati. Saya tahu, kak, dia pernah keluar dating. Selalu berSMS dengan kekasihnya. Tapi saya malas nak gaduh-gaduh pasal ni. Jadi salahkah saya juga cari kawan (lelaki) untuk hilangkan sepi?

Begitulah ringkasnya sebabak perbualan saya. Yang akhirnya saya terdiam. Sukarnya mahu memberi nasihat kepada dia yang punyai pengalaman sedangkan saya sekuman pun tiada pengalaman dalam perihal rumah tangga. Perkara serupa ini bukan lagi di luar kebiasaan. Sering sahaja berlaku, lebih lagi dengan pesatnya ‘berjalan’ teknologi canggih iaitu internet yang boleh dikatakan setiap rumah memilikinya. Pro dan kontra dalam sesuatu itu memang selalu ada. Begitulah juga kecanggihan teknologi moden. Baik dan buruknya agaknya sama banyak andai dinisbah. Atau mungkin juga yang buruk lebih berat? Klik sahaja di hujung jari, segalanya akan diperolehi. Sehinggakan kadang-kadang ‘menelanjang’kan diri seseorang dengan kecanggihan moden ini.

Mengenai kisah kekwa dan jati. Mengapa sampai begitu berlaku? Terlalu sepikah seorang isteri sehingga bertindak mencari ruang gembira dengan cara yang tidak diredhai agama. Makna sepi itu sangat-sangat sekam. Sukar mahu ditafsirkan rasa yang bersembunyi dalam diri. Kita bergelak dan ketawa, tetapi hati yang tersorok itu menyimpan sekam dan luka. Kesepian yang sangat teruji. hati yang selalu gelisah dan tidak tenteram.

Hati itulah yang sukar dijaga. Sukar untuk distabilkan. Sukar untuk dipujuk menerima segala kepedihan dan kelukaan. Kadang-kadang tidak terpujuk oleh iman yang hanya secuit cuma. Lalu kemahuan hati lebih mendepani biarpun tahu hukumnya yang tidak Allah halalkan…..
Scenario ini ada di mana-mana. Dalam diri sesiapa sahaja dengan alasan yang membela diri sendiri.
           Tak apa, hanya sekadar kawan.
Dalam YM / SMS sahaja. Hanya sekadar ini.

Itulah mulanya sebuah hubungan yang tidak halal. Anak dara / tunang orang berkawan dengan lelaki lain / suami orang.  Yang paling tidak wajar, isteri orang berkawan dengan lelaki lain. Tidak kira sama ada lelaki itu bujang mahupun ada isteri, hukumnya HARAM. Isteri orang tidak boleh berhubungan rapat dengan mana-mana lelaki yang bukan mahram dengannya. Bermaksud suami orang boleh berkawan dengan wanita yang belum punyai suami? Ya, memang boleh dah tidak menjadi kesalahan jika benar niatnya, iaitu mahu dijadikan isteri dengan ikhlas dan jujurnya. berkawan untuk berkenalan mengikut hukum syarak. contohnya pertemuan yang berteman. Yang menjadi kesalahan adalah hanya bermain perasaan atau dalam ertinya hanya suka-suka. Dalam keadaan ini, sesama bujang pun haram. Jika hanya berkawan dan mengenali dengan mesra tanpa ada niat berkahwin.

Sebenarnya bercinta sebelum kahwin dengan yang bukan mahram adalah HARAM disisi Islam. Ia bukan sunnah dan budaya umat Islam yang beriman. Hanya 1 syarat dibolehkan bercinta iaitu selepas berkahwin. Bila dilafazkan ijab n qabul oleh sang suami maka bermulalah cinta yang halal disisi Islam. Itu kaedahnya. (ayat ini copy & paste)

Jelas maksud ayat di atas hukum berkawan (rapat) lelaki dengan perempuan. Lalu apa relevannya isteri orang berkawan dengan lelaki lain? Melainkan hanya suka-suka sekadar mengisi ruang kosong dan sepi. Di mana baiknya (iman) lelaki yang berkawan dengan isteri orang? Amatlah tidak bermoral isteri orang yang berkawan dengan lelaki lain. Wanauzubillahimin zalik…

Benarlah perkahwinan itu bukan mudah. Hubungan jangka panjang yang akan didepani sepanjang usia. Setiap hari dan masa akan menghadap diri masing-masing. Manusia pula selalunya mudah bosan dan jemu. Dan di sinilah yang memutikkan bunga-bunga tidak senang dalam sebuah perkahwinan. Tambahan perkahwinan itu dimulai dengan perkara-perkara terlarang iaitu CINTA sebelum nikah. Sebagaimana kupasan di atas mengenai hukum cinta sebelum menikah. Saya ada membaca, kemanisan cinta yang dihirup sebelum berkahwin akan menjadi pudar dan kian hilang manisnya sesudah berkahwin. Sejauh mana kebenarannya, saya tidak mampu berikan jawapan. Anda-anda yang berada dalam dunia perkahwinan punyai jawapannya. Akan bergolak sepanjang usiakah perkahwinan yang dimulai dengan cinta sebelum kahwin? Kata ustaz azhar idrus, pada perkara-perkara laro (betul ke ejaan @ perkataan ini? bermaksud leka) beristigfarlah banyak-banyak dan pohonlah ampun kepada ALLAH. Sesungguhnya DIA maha pengampun.

Mulailah perkahwinan itu dengan landasan dan redha ALLAH. Kecapi kemanisan itu dengan sepenuhnya dalam takwa dan iman agar hubungan jangka panjang itu selalu dihiasi dengan kasih sayang, cinta, kesabaran dan tolak-ansur. Agar tidak terdedah kepada perkara-perkara dosa  (maksud di sini adalah curang).  Jawapan kepada setiap rasa tidak puas hati adalah perbincangan yang terkawal. seorang bercakap dan seorang mendengar, bukan dua-dua bercakap dan tiada siapa yang  mendengar. Lalu keadaan bertambah panas. Diam itu adalah emas. Penghujungnya adalah sebuah keputusan yang ditentukan oleh iman dan akal. Bukan kata hati yang selalu membinasakan. 

Didik diri setiap hari sebagai pelajar. Belajar membaiki diri pada perkara-perkara kebaikan. Muhasabah diri demi kemajuan diri sendiri. Asas yang baik bermula dari akal dan hati yang bersih.

Artikel ini sekadar sebuah pandangan peribadi. Mungkin saya dalam situasi bercakap memang senang…hehehe..komen2 dialukan….bertukar pandangan juga satu pembelajaran

Nota: kekwa, jati dan daun adalah nama2 yang direka oleh saya. Bukan nama sebenar watak2 yang di alam nyata…hahaha.

2 comments:

  1. salam kak.. perihal cinta.. kawin.. hubungan dengan isteri/ suami orang.. huhuhu.. terlalu komplikated keadaannya.. sebab lady sendiri masih belum menjelajahi alam itu..

    akak, andai lady menjadi kekwa (just khayalan sendiri), lady teman jati tu g mancing.. kalau x minat, bw sekali bantalnya.. hihi..

    ReplyDelete
  2. hahaha...akak pun hanya pandangan..tak berada lagi dlm situasi ini..belum berkategori...hahaha...mungkin kita hanya bercakap tidak mudah.. mendengar masalah serupa ini sgt berat, mereka yang mengalami tentu sgt2 sukar mahu mencari jalan keluar. apapun..biarlah iman yang mendepani..sebab tu kena cari iman..hahaha...

    agaknya jati tak mahu ajak kekwa pergi ngail sebab semua kawan2 lelaki yg mengail. kekwa pula baik aku duduk rumah dan tidur dari bernyamuk...hahah..pmulaan sebuah liku mcm2...dugaan selalu ada...semoga kita tidak diduga demikian..hihi

    ReplyDelete