Sunday 8 April 2012

kembali berbicara


terlalu lama blog ini tidak bercerita. saya sungguh2 kehilangan idea...bukan mudah rupanya mahu maintain menulis dan berkisah. kagum sangat pada mereka yang selalu perbaharui cerita2 blog mereka. terutama blog yang penuh dengan nilai2 murni.

hidup ini tidaklah mudah namun tidak juga sukar. itu kata seorang kawan saya. ya, betul sangat kata itu. biarpun punyai masalah yang dikendong, kita tetap mampu senyum. tetap mampu makan dengan kenyangnya. orang yang punyai RM dan harta yang banyak, kadang-kadang mengeluh dan berkesah. itulah hidup. tidak mudah dan tidak juga sukar. manisnya gula, masamnya cuka, pahitnya peria dan pedasnya lada apabila diadunkan dalam masakan menjadi hidangan yang cukup enak. hidup juga sama, perlukan pahit, manis, walang dan luka2 kecil yang mematangkan diri manusia dalam menempuh hari2 di bumi Allah ini. jatuh bangun adalah lumrah. mana ada manusia yang hanya selalu senyum dan ketawa sepanjang usianya. tidak juga hanya dirundung duka mahupun malang. hidup ini sangatlah ADIL. dilahirkan serba kekurangan sekalipun setiap manusia ada keistimewaan masing-masing. 

Allah tidak menjadikan seseorang manusia itu bodoh dan lemah namun manusia diciptakan dengan kemahiran dan kelebihan yang berbeza-beza.

sudah terlontar kita berada di 'lembah' sekarang. dengan segala kekurangan dan kelebihan yang dikurnia olehNYA. kasih sayang Allah maha luas. rebut dan gapailah kasihNya demi sebuah ketenangan hati dan jiwa. keimanan yang tebal adalah apabila kita mampu redha dengan luka-luka yang di'hadiah'kanNya kepada kita. banyaknya kita selalu mengeluh dan menyalahkan keadaan. betul tak? saya selalu macam tu..betapa keimanan ini masih belum di tahap yang baik. perlu dicas agar lebih kuat, tabah dan sabar dalam mendepani hidup yang tidak pernah padam dengan dugaan. selagi ada nafas selagi itulah ujian akan menjadi 'bayang2' hidup kita.

di mana sekalipun kita, ujian akan selalu ada dengan cabang dan dahan yang berbeza. kita mengimpikan begini yang kononnya itulah masalah @ kekurangan kita. tetapi apabila kita menutupi kekurangan itu, akan serlah dan muncul permasalah yang lain pula. dunia ini berkembar dengan dugaan. masalah bagaikan munculnya cendawan setelah hujan. berjaya atasi masalah dengan keimanan adalah sebuah kemanisan yang tidak terungkap. sangat2 sukar sebab manusia selalunya mudah hilang punca..mudah merusuh dan bertindak tanpa akal. bercakap berdasar perangai sendiri..hihihi. P:

lalu kita seharusnya belajar mendidik diri. lebih berhemah dan matang dalam mengendalikan keresahan yang membelit. mahu berubah secara drastik bukan mudah tetapi kemahuan dan keazaman yang kuat adalah tonggak utama perubahan diri yang lebih baik. 
tidak semua yang diimpi akan dapat kita genggam. apa yang diperolehi itulah milik kita. pegang sekemasnya dan hargailah kemilikan yang ada itu. sesuatu yang tidak kita miliki anggaplah bukan rezeki. redhalah mendepaninya. biarpun perit dan sayu...REDHA. 




No comments:

Post a Comment