Showing posts with label kongsi ilmu. Show all posts
Showing posts with label kongsi ilmu. Show all posts

Friday, 10 February 2012

keberkatan ayat kursi


cerita adalah copy & paste. amat2 tertarik dan syahdu dgn kisah ini. hebatnya ayat2 suci ALLAH. sama2 kita memanfaatkannya dalam kehidupan seharian kita. 

Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna.
Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.

Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk
pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu. Kerana
malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu
agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa kaukasia Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi
semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis
itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.

Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis
itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali
di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.

Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki. Namun, gadis itu berasa amat hairan
kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu
selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum
lelaki tadi di bawa ke tempat lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu :
"Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone ?"

Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?

Perogol tu menjawab :
"No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim."


Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu.
Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu

 
Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur
ke hadrat Allah, kerana Allah telah memeliharanya pada malam tadi. Oleh kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga berkat dari
bacaan ayat Kursi. Allah SWT Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Dan Dia juga boleh memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua keadaan sekalipun.


Kesimpulannya


Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita.
Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah. Wanita itu juga
telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat
melakukan sesuatu ke atasnya.

Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Kursi, Allah akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang
diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat dan berserah pada-Nya serta sentiasa berharap akan segala rahmat dan perlindunganNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak diterima doanya,
maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah. Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, menunaikan ibadat secara
sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?

Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan
di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.

Saya suka mengingati satu hadis yang bermaksud :

Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk, Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya. Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan
manusia dengan kemurkaan Allah, nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada urusan makhluk.

Di antara kelebihan amalan membaca Ayat Kursi :

Sesiapa membaca Ayat Kursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt, Allah akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya. Sesiapa membaca Ayat Kursi
semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya, Allah akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumah, keluarga dan hartanya. Sesiapa membaca ayat Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan,
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Wallahu'alam bisowab.
terima kasih kpd tuan blog. mohon share ya...

Friday, 20 January 2012

majlis perkahwinan. di mana nilainya pada kita?



Di Malaysia, bancian terkini menunjukkan lelaki lebih ramai daripada wanita. Kasihan lelaki, ramai yang nak beristeri tapi 'persiapan agama' belum melayakkan. Didik lelaki, terdidiklah para isteri, para anak dara, para wanita semuanya. Siapa nak didik lelaki ni?

Kata2 penuh makna ini saya ambil daripada FB ustazah Fatimah syarha. Seorang ustazah muda yang amat saya kagumi tahap agamanya. Dia muda tetapi amat berpandangan jauh dalam perjalanan kehidupan yang sememangnya penuh pancaroba. Membaca karyanya bertajuk Pemilik Cintaku setelah ALLAH dan Rasul, membuatkan seorang saya berasa malu pada diri sendiri. Betapa lemahnya saya sebagai manusia yang kian banyak usianya. Saya yang masih mahu bersuka-suka ria sedangkan kematian sedang menjejak setiap langkah manusia. 

Berbalik pada kata2 di atas, menunjukkan betapa ramai lelaki yang belum terdidik. Lalu bagaimana mereka mahu menjadi pendidik @ pembimbing? Sedangkan para perempuan@ isteri mendambakan bimbingan dan didikan daripada lelaki @ suami. Barangkali atas sebab inilah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang gila2 jarang berpanjangan. Sering sahaja berita penceraian diberitakan di mana2. itu tidak termasuk berita mengenai artis yang memang terpapar di muka depan majalah dan akhbar dan laman sosial internet. Di manakah punca utama pernikahan singkat seperti ini? Semua yang berkahwin tentunya mengharapkan perkahwinan berkekalan sehingga ke syurga walaupun tak bersolat tetapi juga berharap demikian. Lalu di mana dahan berpautnya? 

Saya bukanlah orang yang arif dalam memberi pandangan. Namun mahu juga memberi buah fikiran melalui sedikit kadar pengamatan dan pemerhatian. 

Maksud hadith: Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)

Berapa ramai yang mengambil kita kiteria2 itu dalam perkahwinan mereka? Berapa ramai yang mengambil kira soal ibadah dalam (majlis) perkahwinan? Berkahwin kerana ALLAH dan agamanya?

Selalunya majlis perkahwinan menjadi kenduri yang paling bermakna dan bererti kerana hari itu adalah hari yang paling bahagia. Hari yang paling bermakna. Sebuah cinta yang kini diangkat martabatnya dengan ikatan sah di sisi agama. Berasa ingin dikhabarkan kpd dunia betapa gembiranya hari ini. Berkahwin juga adalah satu kemenangan kerana masih ramai yang belum berjodoh, yang masih mencari dan mengharap bertamunya jodoh mereka. Maka bersyukurlah anda2 yang sudah berkahwin.

Ramai yang sanggup berhabisan demi majlis perkahwinan. Mahu kelihatan gah dan sangat besaran. Kononnya kahwin hanya sekali walhal kemungkinan untuk berkali2 tiada yang mustahil sebab kita tidak memegang tempoh usia jodoh. Boleh jadi berpisah oleh sebab bercerai mahupun kematian. Ada kebarangkalian untuk bernikah lagi dan lagi. Kadang2 mereka yang singkat fikirannya, berhabisan RM yang ada sehingga licin demi majlis perkahwinan. Biarlah selepas kahwin makan maggi sahaja pun..asal kelihatan gahnya majlis kita…ini adalah pandangan yang tidak bijak dan berunsur riak. Amatlah merugikan.

Yang berhutang juga tidak kurang sedikitnya. Alangkah ruginya meminjam kpd perkara2 yg tidak penting serupa ini. Eloknya andai pinjaman yang ribu riban itu dimanfaatkan kpd perkara yg lebih berfaedah seperti pinjaman membeli rumah mahupun kereta (keperluan / kemudahan) berbaloi dengan bayaran baliknya. Kiraan zaman sekarang memang mahal dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Pelamin + mekap + persalinan + jurufoto, di sini sahaja sudah ribu2.. kalau yang memang betul2 mampu dan ada RM yag berlebihan, tak ada salahnya. Tapi pada yang tida ada @ tidak mampu, tidak perlulah sampai buat loan. Hilang berkat apabila kita bersusah2 pada perkara yang senang dan mudah. Islam itu tidak memberatkan mahupun menyusahkan. Jadi berbelanjalah secara sederhana. Cukuplah lebihkan pada makanan (jika mampu) sebab memberi makan adalah sunat dan amat dituntut agama sebagai cabang menghebahkan pernikahan. 

Saya amat tabik pada sebilangan pengantin yang masih mementingkan kesederhanaan dalam majlis perkahwinan. Sekadar memenuhi tuntutan hebahan. Bergambar seadanya sebagai kenangan paling membahagiakan. Sebilangan ini kian jarang ditemui dalam kelompok yang ramai…mereka yang tahu dan faham sebenar2 makna pernikahan berlandaskan hukum dan mempraktikkannya. Yang mengharap keredaan dan keberkatan daripadanya. Kalau saya, tak perlulah barangan hantaran..pada saya amat menyemakkan..hihihi…jgn ikut cara saya yang sempoi ini…pada sy perkara2 yang tak wajib tu, tak perlulah diberatkan…huhu. Cukup ijab dan kabulnya sahaja..

Yang harus ditekankah adalah persediaan untuk menempuh alam perkahwinan. Kehidupan berdua yang akan menjadi tiga, empat dan kian bertambah seiring dengan masa yang berlalu. Besar dan meriah @ mewah perkahwinan itu bukan jaminan kebahagiaan akan berpanjangan. Tetapi pada iman dan kesediaan memikul tanggungjawab yang berat. Mahunya pada bahu seorang suami. Dia yang akan menanggung dosa2 isteri dan anak2nya. Tersilap langkah, pintu neraka menanti anda wahai para suami dan ayah…pernikahan bukan sekadar menghalalkan hubungan lelaki dan wanita tetapi merangkumi banyak perkara. Yang bukan mudah untuk dikendalikan. Yang bukan senang untuk dikemudi. Emosi dan perasaan @ egois dua manusia yang selalu berlawanan. Yang hanya boleh dikawal oleh iman di dada. Lalu menjadi suami @ bapa dan isteri @ ibu adalah pelajar setiap hari. Anda harus belajar dan belajar demi melengkapi sebuah keluarga yang harmoni. 

Berbaliklah anda semua (saya juga) kepada tujuan utama pernikahan itu. Untuk memiliki dunia adalah dengan ilmu. Untuk memiliki akhirat adalah juga dengan ilmu. Pokoknya ilmu adalah kepentingan yang amat berharga. Lebih lagi ilmu agama yang boleh memandu kita pada sebuah kehidupan yang lebih baik. Jadilah suami dan isteri yang hebat pada rumah tangga masing2…

Kepada yang belum berkahwin dan merancang perkahwinan, kembalilah pada tujuan utama pernikahan…tepuk dada tanya iman…semoga jawapan yang diperolehi adalah berlandaskan hukum agama. Elakkan pembaziran dalam majlis perkahwinan.

Sunday, 15 January 2012

kongsi ilmu


Al kuliyyah – menolak fitrah

3 golongan yg ditolak syahadahnya

1)      Lelaki yg menunggang dan ditunggang sesama lelaki (gay)
2)     Perempuan yg menunggang dan ditunggang sesama perempuan (lesbian)
3)     Imam yang zalim

Ustaz zahazan penceramah jemputan al kuliyyah hari ini. Terkedu mendengar isi ceramahnya. Betapa rugi dan merugikan 3 golongan di atas yang dikatakan. Golongan yang menolak fitrah. Yang tidak bertanggungjawab ke atas diri sebagaimana yang dituntutNya. Yang memesongkan fitrah yang sepatutnya digunakan pada jalan yang betul.
Ustaz berpesan, pada anak-anak yang terlalu rapat sehingga menimbulkan curiga, emak ayah harus memantau dan memeriksa sebaik-baiknya. Zaman sekarang begitu berleluasa isu2 panas serupa ini. Sebagaimana seorang lelaki melayu yang berkahwin dengan pemuda inggeris di luar negara baru2 ini. Sebegitu jauh si mamat ini terpesong. Di mana silapnya? Dilahirkan sebagai anak islam. Dididik dan dibesarkan dengan nilai2 agama islam. Tetapi dewasanya dicemari dengan perkara laknat. Semoga si lelaki ini tersedar dan kembali kepada agama. Kembali ke pangkal jalan sebelum maut menjemput. 

Pernikahan juga adalah satu fitrah. Yang telah ditetapkan dalam kehidupan manusia. Maka berkahwinlah apabila sampai waktu dan masanya. Jangan sesekali menolak fitrah yang pastinya berpahala. Jangan ditakuti pada rezeki untuk berkahwin kerana rezeki milik Allah. Pada setiap yang berkahwin, Allah akan datangkan rezeki melalui usaha dan tawakduk kita kepadaNya. Kalau sudah terang malas bekerja, amat2lah tidak bijak jika berkeras mahu kahwin juga dgn orang lelaki sebegini. Utamanya adalah keimanan kerana dalam iman ada semuanya. Orang beriman akan rajin bekerja sebab bekerja adalah ibadah. Yang Nampak macam beriman tetapi tidak bekerja, imannya masih belum melengkapi.
Berkahwinlah kerana agama seseorang itu. Bukan kerana pandangan luaran yang menipu hati. Pandangan mata selalu menipu. Pandangan hati dan akal, itulah yang selalunya tepat. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Kesempurnaan itu apabila kita dan pasangan kita saling menerima diri masing2 seadanya. Biarlah hidup dipandu iman kerana itulah sebaik2 kehidupan.
Hiduplah di landasan yang sebetul2nya. Sebagaimana yang telah agama kita gariskan..

(tulisan ini adalah hasil saya. Olahan saya sendiri. Maaf jika ada ayat2 yang sempoi dan bukan ayat2 buku..saya menulis gaya bahasa saya sendiri. Atas kesalahan bahasa, saya meminta maaf.)